BUNUH DAN KERAT ISTERI DEPAN ANAK KECIL
INDONESIA – Seorang lelaki berusia 44 tahun yang bernama
Harapan Munthe telah ditangkap oleh pihak polis kerana disyaki telah membunuh
isterinya dengan kejam. Kejadian pembunuhan ini dilaporkan berlaku pada pagi
Sabtu (12/11/2022) bertempat di Desa Pasaribu, Kecamatan Doloksanggul,
Kabupaten Humbang Hasundutan, Sumatera Utara. Mangsa dikenal pasti sebagai Nurmaya
Situmorang, 43 tahun.
Menerusi kenyataan rasmi daripada pihak polis tempatan,
kejadian pembunuhan itu telah diketahui oleh anak saudara Nurmaya selepas dia
melihat Harapan membawa guni ke belakang rumah di mana guni tersebut kemudian
dibakar. Disebabkan berasa curiga, anak saudara Nurmaya itu bertindak untuk
melakukan pemeriksaan sebelum menemui dua potongan kaki manusia dalam guni
tersebut. Susulan penemuan mengerikan itu, anak saudara Nurmaya terus membuat
laporan polis. Pihak polis yang tiba di lokasi kejadian telah menemui beberapa
lagi anggota tubuh badan mayat mangsa di dapur rumah dan di dalam bungkusan plastik.
Harapan dilaporkan membunuh serta mengerat mayat Nurmaya betul-betul di depan mata anak lelaki mereka yang berusia 3 tahun. Berdasarkan pengakuan awal yang dibuat oleh Harapan, dia mendakwa melakukan pembunuhan tersebut kerana berasa sakit hati dengan isterinya yang telah menjalinkan hubungan sulit dengan seorang ahli keluarga terdekat mereka. Pihak polis bagaimanapun enggan untuk mengulas lebih lanjut tentang perkara itu kerana siasatan terperinci masih lagi dijalankan. Lagipun keterangan yang Harapan berikan sewaktu sesi soal siasat sentiasa berubah-rubah. Selain itu, Harapan juga diketahui mempunyai rekod pernah mengalami gangguan mental pada tahun 2004. Jadi, apa yang dapat pihak polis dapatkan sahkan hingga setakat ini adalah pembunuhan bermotifkan sakit hati.
Sementara itu, anak mangsa kini diletakkan di bawah jagaan pihak polis untuk diberikan bantuan psikologi oleh doktor pakar.
Catat Ulasan for "BUNUH DAN KERAT ISTERI DEPAN ANAK KECIL"