Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

KISAH CASANDRA BJORGE : Cucu Paling Gila Dari Neraka

    Kisah pembunuhan kejam ini berlaku di Georgia, Amerika Syarikat pada tahun 2017. Tahun tersebut, Casandra Bjorge atau lebih dikenali sebagai Cassie merupakan seorang gadis remaja berusia 16 tahun yang tinggal bersama dengan datuk serta neneknya iaitu pasangan Randall dan Wendy Bjorge. Tidak banyak yang diketahui tentang Cassie pada zaman kanak-kanaknya. Namun setakat yang dapat dipastikan, Randall dan Wendy telah mendapat hak penjagaan terhadap Cassie pada bulan Januari 2016. Cassie pada waktu sebelum itu tinggal bersama dengan ibu dan bapa tirinya. Wendy kemudian tekad untuk menjaga Cassie dengan harapan untuk mengubah kehidupan cucunya yang sangat bermasalah tersebut. Cassie yang pada waktu itu sudah mempunyai pelbagai rekod jenayah.

`Keadaaan bagaimananapun tidak menjadi seperti yang diharapkan oleh Wendy dan suaminya. Manakan tidak, perangai liar Cassie semakin menjadi-jadi. Dia bukan saja diberhentikan daripada persekolahan malah sering melarikan diri dari rumah dan terlibat dengan beberapa aktiviti tidak bermoral seperti menagih dadah. Wendy sendiri juga kerap menjadi mangsa serangan daripada Cassie. Hinggalah pada 1 April 2017, Wendy sekali lagi telah memuat naik status hantaran di Facebook di mana dia merayu kepada pengguna Facebook bagi membantunya mencari Cassie.

    Pada 6 April 2017, pihak polis tempatan telah menerima satu panggilan telefon yang meminta mereka untuk pergi memeriksa rumah Randall dan Wendy. Perkara itu adalah susulan kedua-dua warga emas tersebut yang tidak dapat dihubungi dan dilihat langsung tidak keluar dari rumah mereka dalam tempoh seminggu terakhir sebelum panggilan tersebut dibuat. Pihak polis telah pergi ke rumah Wendy sebanyak dua kali dengan hanya melakukan pemeriksaan dari luar. Pihak polis terus beredar pergi setelah tidak mendapat sebarang respon daripada Randall dan Wendy. Dua hari berikutnya, pihak polis telah mendapat satu maklumat mengenai satu serangan yang berlaku di sebuah rumah hingga menyebabkan dua individu dalam rumah itu yakni seorang lelaki dan seorang wanita mengalami kecederaan serius di belakang kepala. Hasil siasatan pihak polis, mangsa tersebut diserang oleh sepasang kekasih muda. Pihak polis tidak memerlukan masa yang lama untuk mengenal suspek lelaki berusia 19 tahun yang bernama Johnny Rider manakala suspek perempuan pula tidak lain tidak bukan adalah Cassie. Mangsa wanita yang diserang itu merupakan kakak kepada Johnny.

`Sesudah mendapat tahu Cassie sebagai salah seorang suspek, barulah pihak polis melakukan pemeriksaan ke dalam rumah Randall dan Wendy. Pasangan suami isteri tersebut telah ditemui mati di tingkat atas rumah mereka. Berdasarkan laporan forensik, Randall dan Wendy dipercayai mati akibat dibunuh dengan cara tikaman pisau selain dipukul pada bahagian kepala menggunakan objek keras. Lebih menyedihkan, penemuan mayat Randall dan Wendy itu hanya dibuat pada waktu seminggu selepas pembunuhan mereka. Pihak polis seterusnya melancarkan operasi pemburuan Johnny dan Cassie yang diyakini sebagai suspek utama pembunuhan.

    Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah tua. Begitulah dengan Johnny dan Cassie. Pasangan terbabit dikesan menyembunyikan diri di rumah kawan mereka. Sewaktu pihak polis mengepung lokasi persembunyian tersebut, Johnny dan Cassie enggan untuk bekerjasama. Perkara ini sekaligus telah menyebabkan  anggota pasukan keselamatan SWAT dikerah untuk melakukan serbuan. Menyedari diri mereka bakal ditangkap, Johnny dan Cassie cuba untuk membunuh diri di dalam bilik mandi dengan mengelar pergelangan tangan masing-masing. Walau bagaimanapun, cubaan itu tidak membuahkan hasil kerana pasangan tersebut untuk diselamatkan.

    Berkenaan dengan apa yang berlaku pada waktu kejadian pembunuhan Randall dan Wendy, mereka berdua telah dipukul dan ditikam sampai mati sewaktu sedang tidur. Senjata yang digunakan oleh Johnny dan Cassie gunakan untuk membunuh orang tua tersebut adalah tukul besi, kayu besbol dan pisau dapur. Perkara paling seakan tidak masuk akal sama sekali selepas pembunuhan itu, Johnny dan Cassie sempat mengadakan parti di lokasi kejadian dengan memanggil kenalan mereka untuk turut serta berparti. Tentang motif pembunuhan, Cassie memberitahu bahawa dia sudah tidak tahan tinggal bersama dengan datuk dan neneknya yang memiliki perwatakan tegas tersebut. Dakwa Cassie lagi, dia bersama dengan teman lelakinya itu turut merancangan untuk membunuh ibunya dan keluarga Johnny. Perancangan tersebut bagaimanapun dibatalkan atas sebab-sebab yang tertentu. Berhubung dengan keputusan perbicaraan kes, Johnny dan Cassie yang didapati bersalah telah dipenjarakan dua hukuman penjara seumur hidup dan tambahan 21 tahun penjara serentak. 

Catat Ulasan for "KISAH CASANDRA BJORGE : Cucu Paling Gila Dari Neraka"