Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

KISAH PAULINO DAN BARNABAS, HUKUMAN PEMBUNUHAN PALING DAHSYAT

    Pada tahun 2011, satu video hukuman pembunuhan kejam yang melibatkan dua orang lelaki anggota kumpulan kartel dadah telah tersebar luas di internet. Lagi kejam apabila kedua-dua lelaki tersebut mati dibunuh dengan begitu kejam di mana mereka berdua disembelih dalam keadaan hidup. Seorang dikerat kepalanya dengan mesin gergaji rantai. Seorang lagi pula dipotong kepalanya menggunakan pisau. Video itu dipercayai sengaja dirakam dan kemudian disebarkan oleh pelaku dengan tujuan penyebaran adalah sebagai satu amaran kepada anggota kartel mereka supaya tidak sesekali membelot.

    Menerusi rakaman dalam video itu, dua orang lelaki yang tidak berpakaian tersebut dilihat sedang duduk bersandar pada dinding dalam keadaan tangan mereka berdua diikat ke belakang. Seorang bernama Paulino Gomez Garcia. Seorang lagi pula dikenali sebagai Barnabas Gomez Castro yakni bapa saudara kepada Paulino. Terdapat kesan lebam dan darah pada tubuh badan mereka. Paulino dan Barnabas berkemungkinan besar telah diseksa oleh pelaku terlebih dahulu sebelum rakaman video dahsyat tersebut.

    Berdasarkan pengakuan daripada Paulino yang berbahasa latin dalam video tersebut, dia memberitahu bahawa dirinya merupakan anggota kumpulan kartel dadah Sinaloa pimpinan Joaquin EL Chapo. Jelas Paulino lagi, dia telah ditangkap oleh pihak polis sewaktu melakukan kerja-kerja pengedaran dadah di Phoenix, Arizona untuk kumpulan kartel dadah yang lain. Dia dan bapa saudaranya juga diketahui menjadi mata-mata kepada kumpulan kartel dadah yang berkenaan. Selepas pendedahan daripada Paulino, giliran Barnabas mendedahkan bahawa dia turut terlibat dengan apa yang anak saudaranya itu sudah lakukan. Barnabas bagaimanapun sempat meluahkan rasa kekesalannya kerana dia sanggup merisiko nyawanya sendiri hanya untuk mendapatkan pembayaran wang yang sangat tidak setimpal. Malah dalam rakaman video tersebut juga, Barnabas sempat memberikan pesanan kepada anggota kumpulan kartel dadah yang lain agar tidak melakukan pengkhianatan seperti yang dia dan Paulina telah lakukan.

    Selesai pengakuan daripada Paulino dan Barnabas, barulah pelaku memulakan hukuman mereka. Apa yang jelas, dua bersaudara yang kelihatan lemah itu langsung tidak melawan. Mereka seakan sudah pasrah dengan perkara yang bakal berlaku kepada mereka. Barnabas menjadi orang pertama yang dihukum. Pelaku telah mengerat kepalanya dengan perlahan hingga putus menggunakan mesin gergaji rantai. Paulino yang duduk bersebelahan nampak tenang walaupun mayat bapa saudaranya yang tidak berkepala tersebut terbaring pada lengannya. Sesudah itu, pelaku yang bertopeng hitam beralih kepada Paulino. Leher Paulino pun ditusuk tepat pada anak tekak sebelum dipenggal hingga putus kepalanya sama seperti Barnaba. Sepanjang tempoh pemenggalan kepala Paulino, terdapat pergerakan pada badan dan tangannya menandakan Paulino sedang menahan kesakitan yang tidak terhingga. Pada pengakhiran video, kepala Paulino yang telah dipenggal tersebut telah diletakkan pada atas badannya.                         

Catat Ulasan for "KISAH PAULINO DAN BARNABAS, HUKUMAN PEMBUNUHAN PALING DAHSYAT"