Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

KISAH PEMBUNUHAN ISABELLA THALLAS

    Kisah pembunuhan wanita yang bernama Isabella Thallas ini telah berlaku pada bulan Jun 2020 bertempat di sebuah kawasan apartment yang terletak di Denver Colorado, Amerika Syarikat. Lagi mengejutkan ramai pihak tentang kes pembunuhan Isabella ini adalah fakta dia dibunuh hanya disebabkan perkara yang remeh. Tidak banyak maklumat yang diketahui tentang latar belakang Isabella dan pelaku. Jadi artikel pada kali ini sekadar menceritakan kronologi pada waktu kejadian.

    Pada pagi 10 Jun 2020, seorang lelaki berusia 36 tahun yang bernama Michael Close sedang berada di apartment kediamannya. Dia kemudian menyedari ada seekor anjing telah membuang najis sedang membuang di luar kawasan apartmeny kediamannya itu. Anjing tersebut adalah peliharaan seorang lelaki berusia 26 tahun yang juga merupakan seorang pereka pakaian iaitu Darian Simon. Waktu tersebut, Darian sedang membawa anjingnya itu berjalan-jalan dengan ditemani oleh teman teman wanitanya yang dikenali sebagai Isabella Thallas, 21 tahun.

    Michael seterusnya telah menegur pasangan kekasih tersebut dengan nada yang begitu kasar di mana dia menyuruh Darian untuk melatih anjing itu membuang najis di tandas. Darian yang tidak berpuas hati dengan teguran kasar tersebut memberitahu Michael supaya menjaga urusannya sendiri. Mendengar jawapan daripada Darian, Michael pun menjadi sangat marah lalu mengambil senjata api jenis AK-47. Dia telah melepaskan tembakan ke arah Darian terlebih dahulu diikuti dengan Isabella.

    Sewaktu penembakan tersebut, Darian sedang membersihkan najis anjing peliharaannya itu. Dia yang ditembak sebanyak dua kali pada bahagian kaki cuba untuk melarikan diri namun jatuh tersungkur kerana tidak dapat menahan kesakitan. Isabella yang ditembak dari arah belakang pula telah mati serta-merta di lokasi kejadian. Selepas menembak Darian dan Isabella, Michael telah melarikan diri dari lokasi kejadian akan tetapi dia dapat oleh pihak polis pada malam hari yang sama. Mengenai Darian, dia berjaya diselamatkan setelah mendapat rawatan kecemasan di hospital. Apa yang menyedihkan, Isabella baru saja menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-21 tahun pada dua hari sebelum kejadian pembunuhannya.

    Berhubung dengan perbicaraan kes, pihak pembelaan telah menggunakan hujah bahawa Michael telah mempunyai masalah mental yang disebabkan sejarah penderaan yang dialaminya pada zaman kanak-kanak selain tertekan kerana kehilangan pekerjaan serta ditinggalkan teman wanitanya semasa pandemik Covid-19. Michael bagaimanapun tetap didapati bersalah oleh pihak juri atas pertuduhan melakukan pembunuhan peringkat pertama dan cubaan membunuh. Dia telah dijatuhkan hukuman penjara untuk seumur hidup. Seperkara harus diketahui, senjata api AK-47 yang Michael gunakan pada waktu kejadian tersebut adalah senjara yang dia curi daripada seorang rakannya yakni anggota polis. Rentetan daripada perkara tersebut, satu akta baru yang dinamakan sebagai “Isabella Act” telah diwujudkan, Akta ini memperuntukkan seseorang yang kehilangan senjata api harus membuat laporan polis dalam tempoh masa lima hari dari tarikh senjata api mereka itu dipercayai hilang. 

Catat Ulasan for "KISAH PEMBUNUHAN ISABELLA THALLAS"