KISAH PEMBUNUHAN KEJAM LILY PETERS
Kisah pembunuhan ini telah berlaku pada bulan April 2022
bertempat di Chippewa Falls, Wisconsin,
Amerika Syarikat. Tahun tersebut, Lily Peters adalah seorang budak perempuan
berusia 10 tahun yang tinggal bersama dengan ibu bapanya. Dia dikatakan sebagai
seorang budak perempuan yang baik, rajin, periang dan mendengar kata kedua-dua
orang tuanya. Dalam erti kata lain juga, Lily bukanlah seorang budak perempuan
yang nakal sama sekali. Selain itu, Lily ada kala sering menghabis masa untuk
bermain di rumah ibu saudaranya yang terletak tidak jauh dari rumahnya. Lily
kebiasaannya akan bermain dengan sepupu lelakinya yang dikenali sebagai Carson
Peters-Berger, 14 tahun.
Kisah sebenar bagaimanapun bermula pada 24 April 2022 di mana malam hari tersebut Lily langsung tidak pulang ke rumahnya setelah keluar pergi bermain. Perkara ini sekaligus telah menyebabkan bapa Lily yang berasa bimbang telah membuat laporan polis tentang kehilangan anak perempuan kesayangannya itu. Pihak pihak polis kemudian tidak melengahkan masa mereka untuk memulakan operasi pencarian yang turut disertai oleh penduduk setempat dan anggota sukarelawan. Apa yang menyedihkan yakni pada pagi 25 April 2022, mayat Lily akhirnya telah ditemui di dalam kawasan hutan. Berdasarkan keadan mayatnya waktu itu, dia dipercayai menjadi mangsa pembunuhan. Penemuan mayat Lily tersebut telah menimbulkan khabar angin tentang kewujudan pembunuh bersiri di sekitar kawasan itu.
Tidak lama selepas penemuan mayat Lily tersebut dibuat, pihak polis mengadakan satu sidang media dengan mengeluarkan kenyataan bahawa mereka telah pun menahan seorang suspek utama pembunuhan. Mengejutkan, suspek itu adalah Carson Peters-Berger. Penangkapan Carson tersebut lakukan hasil siasatan yang pihak polis lakukan terhadapnya. Tentang hari kejadian, Carson dan Lily telah keluar berjalan bersama-sama dengan Carson menggunakan Hoverboard manakala Lily pula menaiki basikal. Entah apa yang bermain dalam fikiran Carson, dia telah mengajak Lily untuk memasuki ke dalam hutan. Di situlah Lily telah ditumbuk oleh Carson pada bahagian perut hingga dia terjatuh. Lagi dahsyat, Carson seterusnya memukul Lily menggunakan kayu. Sesudah pukulan itu, Lily dicekik Carson sehingga dia tidak lagi bernyawa. Carson yang belum berasa puas bertindak untuk mencabul mayat Lily sebelum dia akhirnya melarikan diri dari lokasi kejadian. Setibanya Carson di rumah, dia terus bergegas untuk menukar pakaian. Dia bagaimanapun kembali semula ke lokasi kejadian pada hari yang sama untuk menutupi mayat Lily.
Carson yang didakwa dengan pertuduhan melakukan pembunuhan peringkat pertama dan serangan seksual terhadap kanak-kanak telah dibenarkan untuk diikat jamin dengan jumlah jaminan sebanyak $1 juta. Hingga setakat ini, masih tidak jelas dengan motif pembunuhan Carson. Begitu juga dengan status perbicaraan kes. Cuma apa yang dapat dipastikan, Carson berkemungkinan besar akan dibicarakan sebagai orang dewasa. Jika disabitkan kesalahan, Carson bakal berdepan dengan hukuman mati. Seperkara lagi harus diketahui, bapa kandung Carson yang bernama Adam Berger pernah dipenjarakan selama 3 tahun atas kesalahan memiliki pornografi kanak-kanak. Jadi, tidak mustahil kehidupan Carson sebelum ini sebenarnya lebih gelap daripada itu.
Catat Ulasan for "KISAH PEMBUNUHAN KEJAM LILY PETERS"