KISAH PEMBUNUHAN KEJAM NANI MIA ELVINA
Kisah pembunuhan kejam ini berlaku pada bulan Ogos 2022
bertempat di Bahjenis, Sumatera Utara, Indonesia. Kisah bermula pada 22 Ogos
2022 di mana ada seorang penduduk lelaki setempat yang sedang mencari rumput
untuk haiwan ternakannya tiba-tiba telah terhidu satu bau busuk. Lelaki itu
kemudian mencari punca bau busuk tersebut lalu menemui mayat seorang gadis yang
ditutupi dengan daun dalam keadaan tidak berpakaian. Terkejut dengan penemuan
mayat yang sudah mereput tersebut, lelaki itu tidak melengahkan masa untuk
melaporkan perkara berkenaan kepada pihak polis.
Berita penemuan mayat gadis tersebut ternyata telah
menggemparkan tersebut. Saat penduduk berkumpul di lokasi kejadian, ada seorang
wanita tiba-tiba menangis dengan suara tangisan yang kuat. Naluri seorang ibu,
wanita itu mendakwa bahawa mayat gadis tersebut merupakan anak gadisnya yang
dilaporkan sudah menghilang selama tiga minggu. Pengakuan yang dibuat wanita
itu adalah berdasarkan pakaian dan selipar mangsa yang ditemui di sekitar lokasi
kejadian. Hasil ujian pemeriksaan DNA, dakwaan yang dibuat oleh wanita tersebut
disahkan benar oleh pihak polis. Mayat gadis itu telah dikenal pasti sebagai Nani
Mia Elvina, 17 tahun.
Berdasarkan siasatan yang pihak polis jalankan, kali terakhir Nani diketahui masih hidup adalah sewaktu berada di rumah datuknya sebelum dia meminta izin untuk keluar dengan tujuan membeli makanan. Keluarga Nani akhirnya membuat laporan polis selepas Nani bukan saja langsung tidak pulang ke rumah selain gagal untuk dihubungi sama sekali. Pihak polis telah melancarkan operasi pencarian Nani namun usaha tersebut tidak membuahkan sebarang hasil.
Hingga pada akhirnya, pihak polis mula mencurigai bapa
saudara Nani berusia 37 tahun yang dikenali sebagai Ismaradan. Kecurigaan itu
timbul setelah Ismaradan dikatakan menghilang sesudah dia mendapat tahun
tentang berita penemuan mayat Nani. Rentetan daripada perkara tersebut, pihak
polis segera memulakan operasi pemburuan Ismaradan. Bapa saudara Nani itu telah
berjaya ditangkap pada 24 Ogos 2022 yakni semasa dia sedang melepak di sebuah
warung. Sewaktu penangkapan tersebut dibuat, Ismaradan cuba untuk melarikan
diri. Pihak polis bagaimanapun telah bertindak lebih pantas dengan menembak
kaki Ismaradan.
Menerusi keterangan daripada Ismaradan mengenai malam waktu kejadian, dia telah mengekori Nani yang sedang jalan bersendirian. Seperkara yang harus diketahui, Nani tidak menyedari dirinya diekori oleh bapa saudaranya itu. Semasa Nani melalui jalan yang sunyi sepi, dia telah ditarik oleh Ismaradan menuju ke satu kawasan tanah lapang. Di situ, Ismaradan yang juga merupakan seorang penganggur menanggalkan seluar Nani dengan niat untuk merogol. Nani yang cuba untuk melepaskan diri telah menjerit hingga menyebabkan Ismaradan berasa panik. Disebabkan rasa panik tersebut, Ismaradan bertindak untuk mencekik Nani. Lebih dahsyat, dia telah menikam Nani berkali-kali hingga mati dengan menggunakan gunting. Selepas menyembunyikan mayat Nani, barulah Ismaradan beredar pergi dari lokasi kejadian.
Hingga setakat ini, masih belum jelas tentang status perbicaraan kes. Cuma apa yang dapat dipastikan, Ismaradan bakal berdepan dengan hukuman penjara selama 20 tahun jika dia disabitkan kesalahan.
Catat Ulasan for "KISAH PEMBUNUHAN KEJAM NANI MIA ELVINA"