KISAH PEMBUNUHAN KEJAM NARA ALINE YANG DIKERAT HIDUP-HIDUP
Dari kiri : Nara Aline, Dorcielle & Inggrid |
Kisah pembunuhan ngeri ini dipercayai berlaku di daerah
Barra do Cearra, Brazil pada sekitar tahun 2018 di mana dua daripada tiga orang
wanita yang menjadi mangsa penculikan itu telah dibunuh dengan cara yang begitu
kejam sekali. Insiden rakaman video pembunuhan tersebut bagaimanapun tersebar
di laman media sosial pada tahun 2020 sekaligus membawa kepada penangkapan
suspek.
Pembunuhan mangsa dipercayai berpunca daripada masalah
persaingan jual beli dadah. Salah seorang mangsa yang menjadi sasaran utama
pembunuhan itu dikenali sebagai Nara Aline Mota De Lima, 24 tahun. Nara yang
berasal dari daerah lain sebelum itu berpindah ke daerah Barra do Cearra yang
dikuasai oleh geng jenayah bernama GDE (Guardioes do Estado). Kesilapan
terbesar yang dilakukan Nara, dia telah melakukan urusan jual beli dadah di
daerah berkenaan. Perkara tersebut adalah satu pantang larang besar kerana
urusan jenayah sedemikian hanya boleh dijalankan oleh anggota geng yang
menguasai daerah itu. Sebaik saja ketua geng GDE mendapat tahu tentang
perbuatan tersebut, dia telah mengarahkan anak buahnya unuk membunuh wanita itu
dengan kejam.
Anggota geng GDE yang menerima arahan daripada ketua mereka
tersebut telah pergi menyerbu tempat tinggal Nara. Setibanya di lokasi, mereka
terus menculik Nara. Dua orang lagi wanita yang turut berada di rumah Nara pada
waktu itu iaitu Dorcielle Ancelmo De Alencar (31 tahun) dan Inggrid Texeira
Ferreira (22 tahun) turut diculik kerana mereka berdua dikhuatiri akan
melaporkan insiden penculikan Nara kepada pihak polis. Nara, Dorcielle dan
Inggrid kemudian telah dibawa ke dalam sebuah hutan. Di situlah mereka bertiga
sempat merayu untuk dibebaskan.
Mangsa pertama yang dibunuh adalah Dorcielle yang ditembak
tepat pada bahagian kepala. Nasib Nara dan Inggrid pula sebaliknya. Mereka
berdua telah dikerat secara hidup-hidup dengan menggunakan parang tumpul. Aksi
mengerat Nara dan Inggrid dimulakan dari bahagian jari, diikuti lengan, kaki
dan diakhiri dengan kepala. Setelah kepala Nara dan Inggrid putus, tubuh badan
mereka dilihat masih lagi bergerak akibat ditetak secara berkali-kali. Keratan
mayat dua sekawan itu seterusnya dibuang secara berasingan.
Berkenaan dengan suspek, penangkapan terhadap mereka dibuat hasil laporan polis yang dibuat keluarga mangsa selepas mereka melihat sendiri rakaman video pembunuhan yang menjadi tular di laman media sosial tersebut. Identiti empat orang suspek yang ditangkap dikenal pasti sebagai Antonio Honorato dos Santos, Diego Alves dos Santos dan Luiz Alexandre Alves da Silva. Seorang lagi suspek tidak didedahkan namanya kerana masih lagi berada dalam kategori bawah umur. Semua suspek yang dilaporkan didapati bersalah telah dijatuhkan hukuman penjara dengan tempoh lebih dari 70 tahun.
Catat Ulasan for "KISAH PEMBUNUHAN KEJAM NARA ALINE YANG DIKERAT HIDUP-HIDUP"