Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

BUDAK PEREMPUAN EJEK RONALDO KINI MENJADI MANGSA BULI

    Portugal sekali lagi mengharungi kempen yang mengecewakan pada Piala Dunia kali ini. Paling kecewa sudah semestinya Cristiano Ronaldo kerana gagal untuk menjulang piala tersebut sepanjang 20 dekad kariernya sebagai pemain bola sepak. Jika Argentina memenangi perlawanan akhir Piala Dunia 2022 menentang Perancis pada malam Ahad ini, sudah tentu perdebatan antara peminat Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo akan berakhir dalam menentukan siapa yang lebih layak digelar sebagai GOAT (Greatest of All Time) antara kedua-dua pemain bola sepak handalan itu.

    Namun di cerita sebalik cerita kegagalan Portugal yang ditewaskan Maghribi, tular satu video di laman media sosial di mana rakaman video tersebut menunjukkan seorang budak perempuan Maghribi berusia 9 telah mengejek Ronaldo sejurus selepas perlawanan suku akhir itu. Menerusi video itu, budak perempuan tersebut berkata,

    "Portugal, lapangan terbang ada di arah itu. Di manakah Ronaldo? Dia sedang menangis di dalam keretanya. Kasihan Ronaldo.”

    Video itu telah meraih jutaan jumlah tonton dari seluruh dunia dan turut mendapat perhatian Youtuber terkenal iaitu IshowSpeed. Namun tidak lama selepas video tersebut tersebar, ibu budak kepada budak perempuan berkenaan telah tampil memohon maaf atas ejekan yang dibuat oleh anaknya itu. Difahamkan budak perempuan itu telah menjadi mangsa buli siber hingga membuatkan keadaannya kini berada dalam keadaan sukar hingga dia tidak mempunyai selera untuk makan dan minum. Ibu budak perempuan tersebut juga menyatakan bahawa anaknya tidak berniat untuk mengejek Ronaldo kerana dia sebenarnya tidak tahu apa-apa tentang bola sepak. Kata ibu budak perempuan itu lagi,

    “Dia cuma mengulangi semula ayat apa yang dia dengari daripada orang di sekelilingnya. Dia masih muda, baru 9 tahun dan dia hanya ingin menggambarkan kegembiraannya akan tetapi kini menjadi mangsa kecaman di laman media sosial. Saya meminta maaf kepada semua peminat Cristiano Ronaldo mengenai apa yang telah berlaku. Tolong anggap anak saya sebagai adik bongsu anda kerana dia tidak serius dengan apa yang diperkatakannya.”

Catat Ulasan for "BUDAK PEREMPUAN EJEK RONALDO KINI MENJADI MANGSA BULI"