GADIS LARI DARI RUMAH DIIKAT PADA POKOK SEBELUM DIBAKAR
INDIA – Lagi berita tentang pembunuhan demi kehormatan dengan
kali ini berlaku di kawasan perkampungan Jalna, Maharashtra. Insiden pembunuhan
ini dilaporkan berlaku pada hari Selasa lalu di mana seorang gadis remaja
dibunuh oleh bapa dan bapa saudara dengan cara digantung pada pokok sebelum
dibakar.
Difahamkan mangsa iaitu Suryakala Santosh Sarode, 17 tahun sebelum
itu telah melarikan diri dari rumah bersama dengan seorang saudara lelaki yang
juga merupakan kekasihnya. Suryakala bagaimanapun dipujuk oleh bapanya menerusi
panggilan telefon untuk kembali pulang ke rumah dengan dia dijanjikan akan
dikahwinkan dengan kekasihnya itu. Malah bapa Suryakala yang dikenali sebagai
Santosh Surade tersebut juga telah melakukan segala persiapan perkahwinan
secara sederhana bersama dengan ahli keluarganya. Namun apa yang berlaku
kemudian yakni selepas Suryakala pulang ke rumah, dia telah diheret menuju ke
pokok oleh Santosh dengan bantuan adik lelakinya yang bernama Namdev. Sesudah
itu, lehenya diikat menggunakan tali sebelum digantung pada dahan pokok lalu
dibiarkan mati.
Selepas Suryakala tidak lagi bernyawa, Santosh membakar pula mayat anaknya itu untuk menghapuskan bukti. Selesai kerja pembakaran, debu mayat Suryakala telah dimasukkan ke dalam beg. Seperkara dapat dipastikan, Suryakala dibunuh kerana dianggap sudah memalukan maruah keluarganya. Salah seorang penduduk kampung yang berasa simpati dengan nasib Suryakala telah melaporkan insiden pembunuhan kejam tersebut kepada pihak polis. Berdasarkan laporan media, keluarga Santosh yang seterusnya disoal siasat oleh pihak polis melakukan pembohongan dengan mendakwa bahawa Suryakala sebenarnya membunuh diri. Kes ini masih lagi dalam siasatan sepenuhnya oleh pihak polis.
Catat Ulasan for "GADIS LARI DARI RUMAH DIIKAT PADA POKOK SEBELUM DIBAKAR "