GARA-GARA SI IBU BERHUTANG, ANAK JADI MANGSA PEMBUNUHAN
MESIR – Seorang lelaki yakni seorang peniaga kedai runcit
yang membunuh seorang kanak-kanak perempuan berusia 5 tahun di rumahnya pada
bulan Julai tahun lepas telah dijatuhkan hukuman gantung sampai mati. Lelaki berusia
20 tahun yang bernama Manar itu dilaporkan melakukan pembunuhan kejam tersebut
kerana ibu kanak-kanak perempuan berkenaan tidak membayar hutang kepadanya.
Menerusi dokumen di mahkamah, mangsa pembunuhan yang dikenali sebagai Duha
Ashraf telah dibunuh Manar selepas ibunya iaitu Mona Omarr Mohamed (45 tahun)
berhutang sebanyak 1500 mata wang Mesir (RM260) kepada peniaga kedai kedai
runcit itu. Hutang tersebut adalah hutang pembelian barang di kedai Manar. Selain
itu, Mona yang juga merupakan seorang peniaga buah-buahan dan sayur-sayuran
telah menceritakan kepada penduduk kampung tentang perangai Manar yang turut
membuat ugutan melalui teks mesej untuk membunuh Duha jika hutangnya tidak
dibayar.
Manar yang berasa tidak berpuas hati bertindak mengumpan
Duha datang ke rumahnya dengan dijanjikan untuk diberikan coklat. Manar
seterusnya membunuh Duha sebelum menyimpan mayat kanak-kanak perempuan itu di
bawah lantai bilik mandi rumahnya. Mona kemudian pergi ke balai polis bersama
dengan seorang anak lelakinya untuk membuat laporan kehilangan Mona setelah
anak perempuanya itu langsung tidak pulang ke rumah. Susulan laporan tersebut,
pihak polis terus menjalankan siasatan secara terperinci namun gagal mendapat
sebarang petunjuk.
Beberapa hari sesudah kehilangan Duha, sekumpulan kanak-kanak telah bermain di kawasan luar rumah Manar di mana mereka secara tidak sengaja menemui mayat Duha yang berada pada bawah rumah itu. Rentetan daripada penemuan tersebut, pihak polis bergegas ke lokasi kejadian terus menangkap Manar. Hasil pemeriksaan di rumah Manar, mayat Duha ditemui dalam keadaan tubuh badannya dipenuhi dengan kesan lebam selain didapati mengalami patah tulang dan pendarahan pada bahagian otak.
Pihak juri mahkamah memutuskan untuk menjatuhkan hukuman mati kepada Manar berikutan bukti yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan menunjukkan kematian Duha adalah satu pembunuhan terancang.
Catat Ulasan for "GARA-GARA SI IBU BERHUTANG, ANAK JADI MANGSA PEMBUNUHAN"