JANDA CANTIK MATI DIBUNUH JIRAN SENDIRI
INDONESIA – Seorang janda cantik berusia 24 tahun telah mati
dibunuh bersama dengan seorang anak lelakinya yang berusia 4 tahun. Kejadian
pembunuhan yang dilaporkan berlaku pada pagi 14 Disember 2022 ini dilaporkan
berlaku di rumah mangsa sendiri yakni terletak di Langkat, Sumatera Utara. Identiti
wanita janda itu dikenal pasti sebagai Karmila Simatupang manakala anak
lelakinya pula bernama Radit.
Menerusi laporan daripada media tempatan Indonesia, mayat
Karmila dan Radit telah ditemui di atas katil bilik tidur mereka. Penemuan
mayat itu adalah hasil daripada pemeriksaan salah seorang jiran berdekatan setelah
dia berasa curiga dengan Karmila yang langsung tidak keluar dari rumahnya pada
hari kejadian. Jiran tersebut pada mulanya cuba membuka pintu masuk rumah
Karmila. Namun selepas pintu itu didapati berkunci dari dalam, jiran itu pun pergi
mengintai dari luar tingkap bilik tidur rumah tersebut sebelum dia melihat Karmila
dan Radit terbaring dalam keadaan kaku. Si jiran itu yang berasa terkejut terus
bergegas memecah masuk pintu rumah Karmila. Sesudah berbuat sedemikian, dia segera pergi memeriksa Karmila dan Radit yang ternyata sudah pun meninggal dunia.
Berdasarkan siasatan yang pihak polis jalankan, kedua-dua mangsa yang hanya tinggal berdua di rumah tersebut dipercayai mati akibat dicekik. Beberapa barangan peribadi seperti telefon pintar dan motosikal milik Karmila telah hilang. Hasil maklumat serta keterangan daripada saksi yang pihak polis perolehi, mereka tidak memerlukan masa lama untuk menjejaki dan menangkap suspek. Penangkapan terhadap suspek yang dikenali sebagai Rahmat atau Memet itu dibuat pada beberapa jam selepas penemuan mayat mangsa. Rahmat merupakan jiran kepada mangsa. Difahamkan buat masa sekarang, pembunuhan dua anak-beranak tersebut disyaki bermotifkan rompakan. Kes bagaimanapun masih lagi dalam siasatan sepenuhnya oleh pihak polis dengan sebarang perincian atau perkembangan akan dimaklumkan kemudian.
Catat Ulasan for "JANDA CANTIK MATI DIBUNUH JIRAN SENDIRI"