KENALI MORGAN LEPPERT, GADIS IBLIS BERMATA BIRU
Pernah dengar nama Morgan Leppert yang digelar sebagai
“Iblis Bermata Biru”? Dia digelar sedemikian kerana telah membunuh seorang
lelaki orang kurang upaya dengan kejam pada usianya 15 tahun. Morgan melakukan
pembunuhan tersebut bersama dengan lelakinya yang dikenali sebagai Toby Lee
Lowry.
Tidak banyak yang diketahui mengenai latar belakang Morgan
dan Toby. Apa yang dapat dipastikan, mereka berdua telah pun menjalinkan hubungan
pada tahun 2008. Seperti yang diberitahu, Morgan pada waktu itu berusia 15
tahun manakala Toby pula 22 tahun. Dijadikan cerita yakni pada tahun sama,
pasangan tersebut menceroboh masuk ke dalam sebuah rumah yang dihuni oleh
seorang lelaki tua berusia 62 tahun bernama Thomas Stewart. Lelaki tua tersebut
merupakan orang kurang upaya yang telah dilahirkan dalam keadaan tidak
mempunyai kedua-dua tangan.
Thomas dilaporkan dibelasah, ditikam secara bertubi-tubi
oleh Morgan dan Toby sebelum kepalanya disarung dengan plastik hingga dia
akhirnya tidak lagi bernyawa. Perkara paling menyedihkan, Thomas dikatakan
sempat mengemukakan pertanyaan kepada Morgan dan Toby tentang kenapa dia perlu
dibunuh. Selepas membunuh Thomas, Morgan dan Toby pun melarikan trak milik
lelaki tua itu sekaligus menjelaskan motif sebenar pembunuhan mereka. Mayat
Thomas hanya ditemui pada beberapa hari selepas kejadian.
Tentang penangkapan Morgan dan Toby, kedua-dua mereka ditangkap pada waktu seminggu telah pembunuhan berlaku. Sewaktu sesi perbicaraan kes, peguam bela Morgan menggunakan hujah bahawa anak guamnya itu membunuh Thomas akibat terpengaruh dengan Toby. Malah Morgan tidak mempunyai sebarang rekod jenayah. Walau bagaimanapun, Morgan dan Toby didapati bersalah atas kesalahan membunuh lalu dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup. Susulan hukuman tersebut, Morgan telah menjadi banduan wanita paling muda di penjara Florida.
Menerusi satu dokumentari berjudul “Children Who Kill”, Morgan dilihat ketawa sewaktu menceritakan tentang pembunuhan Thomas. Dalam dokumentari itu juga, Morgan ada mendedahkan bahawa dia rela untuk membunuh diri jika tidak dapat keluar dari penjara satu hari nanti. Selain itu, Morgan turut membuat pengakuan penyesalan terbesar yang pernah dia lakukan dalam hidupnya adalah memiliki teman lelaki seperti Toby. Dakwa Morgan, Toby telah merampas kehidupannya sama sekali. Namun salah seorang juri yang menghakimi kes perbicaraan pembunuhan Thomas ternyata memiliki pandangan berbeza di mana dia mengatakan bahawa Morgan adalah iblis paling licik. Katanya lagi, Morgan memang menyedari apa yang dia telah lakukan terhadap Thomas.
Catat Ulasan for "KENALI MORGAN LEPPERT, GADIS IBLIS BERMATA BIRU"