KISAH DUA ADIK-BERADIK RIZVAFAR YANG BENAR-BENAR MENYEDIHKAN
Kisah ini berlaku pada tahun 1988 bertempat di negara
Amerika Syarikat. Tahun tersebut, Sayeh Rivazfar adalah seorang kanak-kanak
perempuan berusia 8 tahun dengan dia mempunyai dua orang lagi adik yakni
seorang perempuan dan seorang lelaki. Adik perempuan Sayeh iaitu Sarah berusia
6 tahun sementara adik lelakinya pula bernama Arash, 5 tahun. Ketiga-tiga
adik-beradik itu tinggal bersama dengan ibu mereka yang dikenali sebagai
Patricia di Pensacola, Florida. Patricia mempunyai tabiat buruk di mana dia
suka berparti hingga sering mengabaikan Sayeh, Sarah dan Arash. Tentang bapa
kandung kepada tiga orang adik-beradik tersebut, dia telah pun bercerai dengan
Patricia.
Kisah sebenar bermula pada malam 22 September 1988, rumah Patricia dicerobohi oleh seorang lelaki. Waktu tersebut cuma ada Sayeh, Sarah dan Arash yang berada di rumah. Malang menimpa buat Sayeh dan Sarah apabila diculik oleh lelaki berkenaan sewaktu mereka berdua sedang tidur. Lelaki itu kemudian memasukkan Sayeh dan Sarah ke dalam kereta sebelum beredar pergi menuju ke sebuah kawasan hutan. Di situ, lelaki tersebut telah merogol Sayeh. Sesudah Sayeh dirogol, dia mendengar lelaki itu berkata kepadanya, “Silakan berdoa.” Sayeh seterusnya dikelar oleh lelaki itu pada bahagian leher. Melihat Sayeh yang seakan sudah mati, lelaki tersebut pergi menyerang Sarah. Namun tanpa lelaki itu sedari, Sayeh sebenarnya berpura-pura mati. Dalam keadaannya terbaring kesakitan, Sayeh hanya sekadar mampu untuk menahan kesedihan melihat Sarah menjerit ketakutan akibat diserang. Sarah menerima nasib sama seperti kakaknya, lehernya juga telah dikelar lelaki itu.
Lelaki yang menculik Sayeh dan Sarah tersebut adalah orang yang mereka sangat kenali. Lelaki itu adalah Ray Wike yang juga merupakan teman lelaki Patricia. Ray pada waktu sebelumnya memang sudah beberapa kali mencabul Sayeh. Berbalik dengan cerita waktu kejadian, Ray telah bertindak untuk membunuh Sarah. Selepas menyangka kedua-dua anak Patricia tersebut mati, maka Ray pun meninggalkan lokasi kejadian. Sebaik saja Ray hilang daripada pandangan, Sayeh berusaha sedaya upaya yang mungkin untuk bangun lalu menghampiri jasad Sarah. Setelah mendapati Sarah sudah lagi tidak bernyawa, Sayeh menyedari bahawa tiada apa lagi yang dia boleh lakukan melainkan meminta pertolongan. Sayeh menguatkan dirinya untuk mengorak langkah kakinya perlahan demi perlahan. Mujurlah ada sebuah kereta yang dinaiki oleh sepasang suami isteri melalui jalan yang berhampiran dengan kawasan hutan itu. Mereka memberhentikan kereta sejurus melihat lambaian tangan Sayeh. Sebelah tangan Sayeh melambai, sebelah lagi pula sedang memegang leher tidak lain tidak bukan untuk menahan darah terus mengalir daripada bahagian kelaran. Sayeh pun segera dibawa menuju ke hospital untuk rawatan selanjutnya. Selain luka kelaran di leher, Sayeh juga didapati mengalami kecederaan pada bahagian kemaluannya. Hasil keterangan daripada yang memberitahu secara terperinci tentang apa yang sudah berlaku, pihak polis tidak memerlukan masa lama untuk menjejaki serta melakukan penangkapan terhadap Ray. Mengenai Sarah, mayatnya telah ditemui dalam keadaan tangannya diikat ke belakang.
Berhubung dengan keputusan perbicaraan kes mahkamah, Ray yang didapati bersalah atas pertuduhan melakukan pembunuhan, cubaan membunuh, serangan dan penculikan telah dihukum mati. Ray bagaimanapun tidak sempat untuk menjalani hukuman matinya itu kerana dia meninggal dunia di penjara pada tahun 2004 akibat penyakit kanser paru-paru yang dialaminya. Susulan insiden penculikan tersebut, hak penjagaan Sayeh dan Arash telah diserahkan sepenuhnya kepada bapa mereka. Asbab keberanian Sayeh, dia kini bertugas sebagai anggota polis
Catat Ulasan for "KISAH DUA ADIK-BERADIK RIZVAFAR YANG BENAR-BENAR MENYEDIHKAN"