Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

KISAH KEMATIAN WANG YUE YANG BENAR-BENAR MENYEDIHKAN

    Kisah kematian yang menyedihkan ini berlaku pada tahun 2011 bertempat di Foshan, Guandong, China. Kisah bermula pada malam 11 Oktober apabila seorang kanak-kanak perempuan berusia 2 tahun bernama Wang Yue telah berlari keluar rumah dari rumah semasa ibunya sedang mengangkat kain pakaian yang disidai disebabkan berlakunya ribut petir waktu tersebut. Wang Yue kemudian telah pergi melintas di sebuah kawasan pasar jualan yang sangat sibuk. Sewaktu Wang Yue berada di tengah di jalan pasar itu, dia tiba-tiba dilanggar oleh sebuah van berwarna putih hingga menyebabkannya terjatuh. Selepas pelanggaran tersebut, van itu dipandu dengan perlahan. Pemandu tersebut bagaimanapun langsung tidak keluar dari kenderaan sebelum dia meneruskan pemanduannya. Lagi dahsyat, badan Wang Yue telah digilis dengan tayar depan dan belakang van itu.

    Namun apa yang benar-benar menyedihkan yakni selepas van tersebut berlalu pergi, sekitar 18 orang telah lalu lalang di lokasi kejadian itu. Walau bagaimanapun, tiada sesiapa pun antara mereka yang mempedulikan keadaan Wang Yue. Perkara ini bermaksud Wang Yue dibiarkan saja terbaring di situ. Nasib malang kanak-kanak perempuan tersebut berterusan apabila dia sekali digilis pada bahagian kaki dengan tayar sebuah kenderaan jenis trak yang melalui jalan itu. Sama seperti pemandu van, pemandu trak tersebut juga terus meninggalkan lokasi kejadian. Mujur sajalah pada akhirnya ada seorang wanita tua pengutip sampah yang dikenali sebagai Chen Xianmei datang membantu di mana dia bertindak untuk mengalihkan badan Wang Yue ke tepi jalan. Chen Xianmei seterusnya menjerit meminta bantuan hingga suara jeritannya didengari oleh ibu Wang Yue yang sedang mencari anak perempuannya itu. Wang Yue yang terus dihantar ke hospital sesudah itu dilaporkan meninggal dunia pada lapan hari berikutnya akibat kecederaan parah yang dia alami.

Chen Xianmei

    Nasib meyebelahi keluarga Wang Yue kerana insiden pelanggaran tersebut telah terakam dengan kamera litar tertutup. Menerusi rakaman video kamera itu, pihak polis tidak memerlukan masa lama untuk menjejaki pemandu van dan pemandu trak yang menggilis badan Wang Yue. Setakat diketahui, pemandu van yang dikenal pasti sebagai Hu Yun tersebut yang didapati bersalah atas pertuduhan melakukan pembunuhan secara tidak sengaja itu telah dihukum penjara selama 3 tahun. Hukuman ringan tersebut dibuat berikutan tindakan Hu Yun menyerahkan dirinya kepada pihak polis selain sanggup menanggup kos perubatan Wang Yue pada sepanjang tempohnya dirawat. Tentang si pemandu trak pula tidak dapat untuk dipastikan hukuman yang dia telah terima. Sementara itu, 18 individu yang langsung tidak menghulurkan bantuan kepada Wang Yue ketika kejadian tidak dikenakan sebarang tindakan.

    Ibu bapa Wang Yue iaitu Wang Chichang dan Qu Feifei memilih untuk tidak menyalahkan sesiapa atas kematian anak perempuan mereka tersebut. Chen Xiamei pula telah diberikan wang ganjaran sebanyak 11,000 yuan (RM 6978.31) sebagai tanda penghargaan atas bantuan yang dia berikan pada malam kejadian. Cumanya ada pihak mendakwa bahawa Chen Xianmei sebenarnya membantu Wang Yue dengan niat untuk mengambil kesempatan bagi mendapatkan wang ganjaran itu. Mengenai rakaman video Wang Yue dilanggar, video tersebut ternyata telah mengundang simpati orang ramai yang turut mengecam individu-individu terbabit kerana dilihat langsung tidak mempunyai sifat kemanusiaan dalam diri mereka. Ada juga berspekulasi mereka yang membiarkan Wang Yue pada waktu kejadian berasa takut insiden Peng Yu kembali berulang. Insiden Peng Yu ini merujuk kepada satu kejadian pada tahun 2006 apabila seorang lelaki telah menerima saman daripada seorang wanita tua yang turut menuntutnya untuk menanggung kos pembedahan tulang femur wanita berkenaan. Sebelum lelaki itu disaman, dia menolong wanita tua tersebut yang sebelum itu terjatuh dari bas dengan membawanya ke hospital. Lelaki tersebut juga bahkan telah membiayai kos rawatan awal wanita tua itu. Tanpa diduga, wanita tersebut tiba-tiba menuduh lelaki itu sebagai penyebab utama kecederaan tulang yang dialaminya. Tonton video rakaman kejadian Wang Yue di sini : https://youtu.be/ULaZhM2XLYo?si=Rb1flSP6DT8nVkLw

Catat Ulasan for "KISAH KEMATIAN WANG YUE YANG BENAR-BENAR MENYEDIHKAN"