Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

KISAH LELAKI YANG MENYAMAR SEBAGAI WANITA UNTUK LARI DARI PENJARA

    Kisah ini dilaporkan berlaku pada tahun 2019 bertempat di penjara yang terletak Brazil. Tahun tersebut, Clauvino da Silva atau dilebih dikenali sebagai Baixinho merupakan seorang banduan lelaki berusia 42 tahun yang menghuni di sebuah penjara terletak di Rio De Janeiro. Clauvino yang juga merupakan anggota kartel dadah berbahaya di Brazil iaitu kumpulan jenayah Red Command sebelum ini telah diperintahkan untuk menjalani hukuman penjara selama 73 tahun dan 10 bulan atas kesalahan jenayah yang dia lakukan.

    Clauvino adalah salah seorang daripada 31 orang banduan yang pernah cuba melarikan diri dari penjara pada bulan Februari 2013 dengan melalui sistem pembetungan. Percubaan itu bagaimanapun tidak berjaya apabila mereka semua dapat ditangkap. Susulan insiden tersebut, Clauvino telah dipindahkan ke penjara yang lebih ketat serta pada masa masa dikenakan hukuman disiplin.

    Clauvino yang tidak pernah serik untuk lari dari penjara telah ditangkap buat kali kedua berbuat sedemikian pada 3 Ogos 2019. Kali ini dia menyamar menjadi wanita dengan memakai rambut palsu, topeng silikon, cermin mata, coli dan baju ketat berwarna merah jambu. Walau bagaimanapun, rahsia penyamaran Clauvino itu terbongkar selepas pengawal penjara mendapatinya dalam keadaan menggelabah selain tidak berjalan seperti seorang wanita sewaktu dia cuba untuk keluar dari penjara tersebut. Malah tujuh orang wanita lain yang berjalan bersama dengan Clauvino pada waktu kejadian dilihat cuba mengaburi pandangan pengawal penjara daripada melihat Clauvino. Perkara itu sekaligus menimbulkan rasa curiga kepada pengawal penjara berkenaan.

    Menerusi video yang tersebar di internet yakni rakaman penangkapan Clauvino, dia telah diarah untuk menanggalkan satu persatu pakaian dan peralatan palsu yang dipakainya. Semasa hari kejadian, anak perempuan Clauvino yang bernama Ana Gabriele telah datang melawatnya. Jadi Clauvino mengambil kesempatan untuk lari dengan dia menyuruh Ana untuk mengganti tempatnya di penjara. Ana bukan datang bersendirian akan tetapi bersama dengan beberapa orang lagi wanita lain yang dipercayai bersubahat. Tiga hari setelah insiden cubaan melarikan diri tersebut, Clauvino telah ditemui mati bunuh diri di dalam bilik sel di mana dia menggantung lehernya dengan menggunakan kain cadar. Video penangkapan Clauvino boleh ditonton di sini : https://youtu.be/IJAD42xFJrc

Catat Ulasan for "KISAH LELAKI YANG MENYAMAR SEBAGAI WANITA UNTUK LARI DARI PENJARA"