Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

KISAH PEMBUNUHAN KEJAM EKATERINA NIKIFOROVA

    Kisah pembunuhan kejam ini berlaku di negara Rusia pada tahun 2018. Tahun tersebut, Ekaterina adalah seorang wanita berstatus janda yang mempunyai dua orang anak perempuan berusia 7 dan 11 tahun. Dia dikatakan sebagai seorang wanita yang baik, peramah serta begitu disenangi oleh orang-orang di sekelilingnya. Selepas berpisah dengan suaminya, Ekaterina telah menjalinkan hubungan dengan seorang lelaki berusia 35 tahun yang bernama Alexey Yastrebov. Pada mulanya, hubungan pasangan itu tidak mempunyai sebarang masalah. Namun lama-kelamaan, Ekaterina dan Alexey sering bertengkar. Punca pertengkaran tersebut kebanyakan berpunca daripada Alexey yang berasa cemburu kerana Ekaterina masih lagi berhubung dengan bekas suaminya. Dari sisi Ekaterina, dia sebenarnya enggan untuk merenggangkan hubungan antara bekas suami dengan anak-anaknya.

    Hinggalah satu hari, Alexey yang mengambil bahan terlarang sudah tidak dapat untuk mengawal emosinya lalu dia pun pergi ke apartment kediaman Ekaterina. Mereka berdua sebelum itu telah bertikam lidah melalui perbualan telefon. Sampai saja Alexey di lokasi, dia terus memarahi Ekaterina. Tanpa diduga, Alexey telah menusuk leher Ekaterina sebanyak 129 kali dengan menggunakan pisau dapur. Bahagian halkum Ekaterina turut dikelar. Lagi kejam yakni selepas Ekaterina tidak lagi bernyawa, mayatnya dikerat Alexey kepada beberapa bahagian. Alexey juga telah mengeluarkan organ jantung serta paru-paru Ekaterina untuk dimasak. Organ tersebut terus Alexey setelah siap dibuat sebagai masakan. Perkara lagi menyedihkan, insiden pembunuhan kanibalisme Ekaterina ini telah disaksikan sendiri oleh dua orang anak perempuannya itu.

    Sesudah memakan isi organ teman wanitanya, Alexey pun menghubungi pemilik sebenar apartment lokasi kejadian yang dikenali sebagai Zhanna Avdeeva. Menerusi panggilan telefon tersebut, Alexey memberitahu Zhanna,

   “Tolong hubungi pihak polis dan ambulans. Saya sedang berada dalam keadaan berlumuran darah. Di sebelah saya, ada satu mayat.”

    Mendengar perkara itu, Zhanna terus menghubungi pihak polis. Sampai saja pihak berwajib di aparment tersebut, mereka mendapati Alexey cuba untuk membunuh diri dengan cara menikam lehernya dengan gunting. Mujur sajalah pihak yang berkenaan tiba di lokasi kejadian pada tepat masanya. Jadi Alexey dibawa ke hospital untuk dirawat di mana dia telah berjaya diselamatkan. Mayat Ekaterina pula ditemui dalam keadaan yang sangat mengerikan. Anak-anak Ekaterina berada dalam keadaan selamat tanpa mengalami sebarang luka kecederaan. Sejurus Alexey sembuh daripada kecederaan, dia yang disoal siasat oleh pihak polis telah membuat pengakuan tentang pembunuhan Ekaterina.

    Berhubung dengan keputusan perbicaraan kes, Alexey yang didapati bersalah atas pertuduhan melakukan pembunuhan menerima hukuman penjara selama 12 tahun. Sewaktu sesi perbicaraan, Alexey merayu kepada ibu Ekaterina untuk memaafkannya atas apa yang sudah berlaku. Permohonan maaf itu bagaimanapun tidak diterima ibu Ekaterina. Anak sulung Ekaterina dilaporkan trauma atas kehilangan ibunya dan terpaksa bergantung kepada ubat-ubatan untuk rawatannya. 

Catat Ulasan for "KISAH PEMBUNUHAN KEJAM EKATERINA NIKIFOROVA "