KISAH RAYMOND FROLANDER, NASIB MEMALUKAN SEORANG PEDOFILIA

Kisah ini dilaporkan berlaku pada bulan Julai 2014 bertempat
di Daytona Beach, Florida, Amerika Syarikat. Kisah bermula apabila seorang
lelaki bernama Jason Browning telah memasuki ke dalam bilik anak lelakinya yang
berusia 11 tahun. Jason yang berusia 35 tahun tersebut kemudian menerima satu
kejutan di mana anak lelakinya itu sedang dicabul oleh seorang lelaki kenalan
terdekat keluarga mereka iaitu Raymond Frolander, 18 tahun. Selepas melihat
sendiri insiden menjijikkan tersebut, Jason yang benar-benar berasa marah tekad
membalas dendam kepada Raymond dengan caranya tersendiri.
Jadi apa yang Jason lakukan? Dia telah membelasah pencabul
anaknya itu.Tidak lama sesudah itu, Jason pun menelefon pihak polis. Menerusi
panggilan telefon tersebut, Jason memberitahu,
“Saya baru sampai di
rumah dan telah menemui seorang lelaki yang sedang melakukan penganiayaan
terhadap anak saya. Sekarang dia sudah berada dalam keadaan berlumuran darah.
Sila hantar ambukan ke sini. Dia perlu dirawat. Saya lakukan apa yang sepatutnya
saya lakukan tanpa saya perlu membunuhnya.”
Tambah Jason lagi,
“Saya cuma menggunakan
tumbukan dan tendangan.”

Sedikit tentang Raymond, dia sebenarnya merupakan pengasuh mangsa. Perkara tersebut ternyata sukar untuk diterima oleh keluarga mangsa kerana mereka sangat mempercayai lelaki muda itu. Malah keluarga mangsa juga sudah pun menganggap Raymond sebagai anggota keluarga mereka sendiri. Bercerita mengenai hari kejadian, Jason yang baru pulang ke rumah telah terdengar satu bunyi aneh dari arah bilik tidur anak lelakinya. Sebaik saja Jason membuka pintu tidur tersebut, dia mendapati Raymond yang dalam keadaan tidak berseluar sedang melakukan aksi seksual terhadap anak lelakinya. Menurut mangsa, Raymond telah pun mencabulnya selama 3 tahun. Mangsa terpaksa mendiamkan diri berkenaan dengan perkara itu kerana menerima bermacam-macam ugutan daripada Raymond.
Setelah Raymond dibelasah Jason dengan begitu teruk sekali, dia telah dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan selanjutnya. Raymond yang didapati bersalah atas pertuduhan mencabul dikenakan hukuman penjara selama 25 tahun. Saat pembebasannya kelak, Raymond bakal disenarai hitam sebagai pesalah laku seksual yang akan dipantau hingga seumur hidup. Gambar penangkapan Raymond dengan kesan lebam dan bengkak pada mukanya sebelum itu telah tular di internet hingga menjadi ejekan serta bahan gurauan orang ramai.
Catat Ulasan for "KISAH RAYMOND FROLANDER, NASIB MEMALUKAN SEORANG PEDOFILIA"