Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

KISAH WANITA PERDAYAKAN 20 TEMAN LELAKI UNTUK BELI RUMAH

    Kisah ini pernah tular pada tahun 2016 di mana ada seorang wanita yang berasal dari Shenzhen, China iaitu Xiaoli telah menjalinkan hubungan dengan 20 orang lelaki pada waktu serentak. Diulangi, 20 orang teman lelaki. Dia kemudian berjaya meyakinkan semua teman lelakinya itu untuk membelikannya Iphone 7. Apa yang Xiaoli seterusnya benar-benar di luar jangkaan. Dia telah menjual semula semua Iphone tersebut dengan wang hasil jualan itu digunakannya pula untuk membeli sebuah rumah.

    Kisah Xiaoli ini tersebar selepas seorang rakan sekerjanya berkongsi kisah kelicikan Xiaoli tersebut di sebuah forum secara dalam talian. Menurut rakan sekerja Xiaoli yang menggunakan nama samaran sebagai Proud Qiaoba di forum itu, dia memberitahu bahawa Xiaoli telah meminta setiap seorang teman lelakinya memberikannya Iphone 7. Xiaoli yang juga merupakan anak sulung dalam keluarganya mengambil pendekatan menjual semula Iphone 7 tersebut di laman sesawang Hui Shu Bao dengan jumlah RM 3500 setiap satu. Hasil jualan Iphone 7 dengan nilai anggaran sebanyak 115 010 yuan (RM71 000) itu Xiaoli gunakan untuk melakukan pembelian sebuah rumah yang terletak di kawasan luar bandar. Pihak laman sesawan Hui Shu Bao sendiri telah membuat pengesahan berkenaan dengan penjualan semua Iphone 7 Xiaoli tersebut.

    Cerita Proud Qiaoba lagi, Xiaoli bukanlah berasal dari keluarga senang. Bapanya cuma melakukan kerja kampung manakala ibunya pula hanya suri rumah sepenuh masa. Tambah Proud Qiaoba, Xiaoli  berkemungkinan besar berasa tertekan untuk membeli rumah dengan cara cepat memandangkan ibu bapanya sudah pun makin berusia. Pada masa sama, Proud Qiaoba menjelaskan dia tidak menyangka sekali Xiaoli akan menggunakan cara licik sedemikian untuk mendapatkan rumah idaman.

    Apa yang pasti, kebanyakan pengguna Internet memuji kebijakan Xiaoli. Tidak kurang juga ada yang membuat kecaman dengan mengatakan bahawa apa yang Xiaoli lakukan adalah satu perkara sangat tidak bermoral dan. Entah apa yang teman lelaki Xiaoli akan rasa jika mendapat tahu bahawa mereka telah dipergunakan oleh Xiaoli. Saat kisah Xiaoli ini hangat diperkatakan, laman media sosial Weibo pada waktu tersebut telah dipenuhi dengan tanda pagar “20 mobiles for a house”. 

Catat Ulasan for "KISAH WANITA PERDAYAKAN 20 TEMAN LELAKI UNTUK BELI RUMAH"