LELAKI HENTAK MANGSA DENGAN TUKUL HINGGA PECAH TENGKORAK DIHUKUM MATI.
Berdasarkan laporan media tempatan, kejadian pembunuhan
tersebut dipercayai berlaku pada malam 18 September 2021. Damien telah membunuh
Terri yang sedang berada di awal fasa kehamilan itu dengan menggunakan tukul
kuku kambing. Begitu juga dengan nasib yang menimpa John, Lacey dan Connie.
Semua mangsa dilaporkan pecah tengkorak akibat hentakan tukul tersebut. Damien
juga sempat untuk merogol Lacey. Connie turut dibunuh berikutan dia kebetulan bermalam
di rumah Terri pada hari kejadian. Mayat Terri, John, Lacey dan Connie telah
ditemui oleh pihak polis pada tarikh 20 September 2021 yang sebelum itu pergi
membuat pemeriksaan di lokasi kejadian susulan mendapat maklumat tentang mangsa
tidak dapat untuk dihubungi.
Difahamkan Damien mula mengenali Terri sekitar 18 bulan sebelum waktu kejadian. Seperkara dapat dipastikan, Damien yang merupakan seorang penganggur mempunyai masalah ketagihan dadah selain bersikap panas baran. Malah dia juga pernah menjual beberapa barangan peribadi milik Terri bagi membolehkannya memperolehi wang untuk mendapatkan bekalan dadah. Berkenaan dengan motif pembunuhan, tidak jelas dengan perkara tersebut.
Catat Ulasan for "LELAKI HENTAK MANGSA DENGAN TUKUL HINGGA PECAH TENGKORAK DIHUKUM MATI. "