LELAKI KERAT IBU SAUDARA KEPADA 10 BAHAGIAN
INDIA – Belum reda lagi berita kes pembunuhan kejam ShraddhaWalker, negara India sekali lagi dikejutkan dengan kes serupa yang berlaku di
Rajashtan, Jaipur di mana seorang wanita dibunuh oleh anak saudara sebelum mayatnya
dipotong kepada 10 bahagian.
Menerusi laporan media tempatan, suspek yang dikenal pasti
sebagai Anuj Sharma atau Achintya Govinddas telah membunuh ibu saudaranya iaitu
Saroj Sharman (64 tahun) di apartment kediamannya pada 11 Disember lepas. Saroj
mati selepas kepalanya dihentak Anuj dengan tukul. Anuj kemudian memotong mayat
Saroj kepada 10 bahagian di bilik mandi dengan mesin gergaji bulat yang
dibelinya dari sebuah kedai perkakasan berdekatan. Selesai kerja pemotongan
itu, potongan mayat Saroj telah dimasukkan di dalam beg pakaian lalu dibuang ke
beberapa lokasi berasingan dalam sebuah kawasan hutan. Anuj seterusnya membuat
laporan polis tentang kehilangan Saroj bagi mengelakkan dirinya daripada
dicurigai. Perbuatan Anuj tersebut bagaimanapun terbongkar anak perempuan Saroj
telah melihatnya sedang membersihkan kesan darah di bahagian dapur apartment.
Difahamkan Saroj yang mempunyai seorang anak lelaki dan dua orang anak perempuan sebelum ini tinggal bersama dengan Anuj setelah dia kematian suaminya. Hasil siasatan pihak polis mendapati Anuj telah melakukan pembunuhan itu kerana Saroj telah cuba menghalangnya daripada pergi menghadiri sebuah upacara keagamaan. Hingga setakat ini, pihak polis sudah pun menemui senjata pembunuhan serta pada masa sama masih lagi mencari potongan mayat Saroj.
Catat Ulasan for "LELAKI KERAT IBU SAUDARA KEPADA 10 BAHAGIAN"