Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

NENEK BUNUH DAN KERAT ISTERI CUCU

    RUSIA – Seorang pesara wanita berusia 66 tahun yang juga merupakan seorang doktor perubatan Patologi di salah sebuah klinik terkemuka di Rusia telah ditangkap oleh pihak polis susulan dipercayai membunuh isteri cucunya dengan begitu kejam.

    Identiti mangsa berusia 29 tahun bernama Yuliya Pazylova itu telah dibunuh oleh suspek yang dikenali sebagai Dr. Svetlana Silyaeva sewaktu dia sedang mandi. Menerusi laporan media tempatan, Svetlana menikam perut dan lutut Yuliya dengan menggunakan pisau. Lagi dahsyat, mayat Yuliya telah dipotong kepada beberapa bahagian di mana sebahagian potongan tersebut dibuang ke dalam sungai dan sekitar kawasan wilayah Tula. Svetlana turut mengambil organ dalaman Yuliya untuk dijadikan sebagai makanan anjing.

    Sesudah melakukan pembunuhan tersebut, Svetlana yang pernah bekerja di sebuah hospital terletak di Moscow telah membuat laporan polis mengenai kehilangan Yuliya bagi mengelakkannya daripada dicurigai. Dua bulan selepas itu, Svetlana yang disoal siasat oleh pihak polis telah gagal dalam ujian pengesanan pembohongan. Perkara tersebut sekaligus menyebabkan Svetlana terpaksa untuk membuat pengakuan tentang cara pembunuhan serta lokasi pendedahan pembuangan mayat Yuliya.

    Difahamkan Yuliza telah berkahwin dengan cucu Svetlana yang dikenali sebagai Svyatoslav Pzaylov, 22 tahun. Pasangan itu tinggal serumah dengan Svetlana. Seperkara harus diketahui yakni sehari setelah pembunuhan Yuliya, Svetlana telah memberitahu anak perempuannya (ibu Svatoslav) bahawa Yuliya tidak akan lagi pernah mengganggu mereka. Svetlana yang berdepan dengan pertuduhan melakukan pembunuhan bakal menerima hukuman penjara selama 15 tahun jika disabitkan kesalahan.

Catat Ulasan for "NENEK BUNUH DAN KERAT ISTERI CUCU"