Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

PEMPENGARUH WANITA MATI DIBUNUH PEMINAT OBSES, LIDAH TURUT DIKERAT

    CHINA - Seorang pempengaruh wanita terkenal di China yang berusia 36 tahun iaitu Xiaoli dilaporkan hilang pada 7 Disember 2022 lalu. Laporan media memetik bahawa pempengaruh Douyin (Tik Tok versi China) tersebut telah hilang sewaktu dia memandu kereta untuk melakukan kerja-kerja penghantaran sayur-sayuran. Walau bagaimanapun, Xiaoli dilaporkan tidak pernah sampai ke destinasi yang ingin dia tuju. Kereta yang dipandunya itu kemudian dikesan berada di sebuah kawasan pergunungan.

    Tidak banyak maklumat yang diketahui tentang kes Xiaoli hingga setakat ini. Namun beberapa laporan sahih mengesahkan Xiaoli telah pun ditemui mati akibat dibunuh secara kejam di mana lidahnya turut dikerat. Pembunuh Xiaoli berusia 30 tahun yang tidak didedahkan identiti itu sudah pun berjaya ditangkap oleh pihak polis. Cuma apa yang dapat dipastikan, lelaki tersebut merupakan peminat setia Xiaoli. Tentang motif pembunuhan, perkara itu masih lagi dalam siasatan namun pihak polis tidak menolak sebarang kemungkinan bahawa suspek begitu obses dengan Xiaoli.

Gambar bersama suami

    Sedikit tentang latar belakang Xiaoli, dia yang mempunyai sekitar 130 000 pengikut di laman media sosial digambarkan sebagai seorang wanita berperwatakan baik, mesra, berfikiran positif serta murah dengan senyuman. Dia sudah pun berkahwin serta mempunyai seorang seorang anak perempuan berusia 10 tahun. Video yang dimuat naik Xiaoli ke laman media sosial adalah rakaman yang menunjukkannnya sedang melakukan senaman yoga, menari, memasak, menyapu, menyanyi dan bercucuk tanaman. Pemergian Xiaoli ini benar-benar memberikan kesan yang begitu mendalam kepada keluarga serta peminatnya.  

Catat Ulasan for "PEMPENGARUH WANITA MATI DIBUNUH PEMINAT OBSES, LIDAH TURUT DIKERAT"