Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

RAKAMAN VIDEO TERBARU KES PEMBUNUHAN EMPAT ORANG PELAJAR UNIVERSITI IDAHO?

    AMERIKA SYARIKAT – Menerusi perkembangan terkini kes pembunuhan pelajar Universiti Idaho, satu rakaman video terbaru telah dikeluarkan oleh pihak agensi berita. Rakaman video tersebut menunjukkan mangsa iaitu Kaylee Goncalves (21 tahun) dan Madison Mogen (21 tahun) sedang berjalan di sekitar jalan Moscow bersama dengan seorang lelaki yang hanya dikenali sebagai Adam. “Maddie, apa yang kau beritahu Adam? Kedengaran suara Kaylee dalam video itu.

    “Aku dah beritahu Adam segala-galanya.” Balas Maddison.

    Steven Goncalves yakni bapa kepada Kaylee bagaimanapun mendedahkan bahawa “Adam” di dalam video tersebut tidak disenaraikan sebagai suspek pembunuhan hingga setakat ini.

    “Kami sudah mengemukakan pertanyaan dan melakukan tindakan yang sewajarnya. Jelas bahawa individu itu bukan sebahagian daripada siasatan.” Kata Steven.

    Lelaki berkenaan disahkan sebagai lelaki yang sama berdiri berdekatan dengan Kaylee dan Madison sewaktu kedua-dua pelajar itu singgah di sebuah trak gerai jualan makanan sebelum mereka berdua pulang ke rumah pada jam sebelum 2 pagi.

    Terdahulu media melaporkan Kaylee, Madison serta dua orang lagi rakan serumah mereka yang juga merupakan pasangan kekasih, Ethan serta Xana telah mati akibat ditikam pada sekitar jam antara 3 hingga 5 pagi. Dua orang lagi rakan mangsa yang turut tinggal di rumah tersebut dilaporkan terselamat. Begitu juga dengan seekor anjing yang dipelihara di rumah itu.

    Hingga saat artikel ini ditulis, pihak polis masih belum melakukan sebarang penangkapan walaupun sudah menerima lebih 10 000 jenis maklumat termasuk kandungan digital. Pada masa sama, pihak polis juga masih lagi mncari maklumat kereta jenis Hyundai Elantra tahun 2011-2013 seperti yang telah diuar-uarkan sebelum ini. Kronologi kes pembunuhan empat orang pelajar Universiti Idaho ini boleh dibaca di sini : Misteri pembunuhan empat orang pelajar Universiti Idaho.

Catat Ulasan for "RAKAMAN VIDEO TERBARU KES PEMBUNUHAN EMPAT ORANG PELAJAR UNIVERSITI IDAHO?"