Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

SUAMI KERAT ISTERI KEDUA KEPADA 50 BAHAGIAN

    INDIA – Nampak gaya kes mengerat mayat di negara India semakin menjadi-jadi. Terdahulu kes pembunuhan kejam Shraddha Walker dan kemudian kes seorang lelaki yang mengerat ibu saudaranya sendiri. Berita paling terkini, seorang wanita dibunuh sebelum mayatnya dikerat kepada lebih daripada 50 bahagian. Pembunuhan tersebut dilaporkan berlaku di Sahibganj.

    Menerusi laporan media tempatan, suspek dan mangsa merupakan pasangan suami isteri yang baru saja berkahwin. Difahamkan suspek telah membuat laporan polis tentang kehilangan mangsa sejurus selepas melakukan pembunuhan itu bagi mengelakkannya daripada dicurigai. Identiti suspek dikenal pasti sebagai Dildar Ansari sementara isterinya yang berusia 22 tahun pula dikenali sebagai Rubika Pahadin. Rahsia Dildar bagaimanapun terbongkar jua apabila keluarga Rubika telah melaporkan kepada pihak polis berkenaan dengan Rubika yang tiba-tiba hilang secara misteri.

    Pihak polis yang menjalankan operasi pencarian Rubika seterusnya menemui potongan mayat Rubika di beberapa tempat berasingan. Hingga setakat ini, cuma 12 potongan Rubika dapat ditemui dan pihak polis masih lagi giat mencari saki baki potongan yang lain. Sementara itu, Didlar sudah pun ditangkap oleh pihak polis. Hasil siasatan pihak polis mendapati Rubika merupakan isteri kedua Dildar. Lelaki tersebut dipercayai telah menggunakan peralatan tajam elektronik untuk mengerat mayat Rubika. Pihak polis masih belum mendedahkan motif sebenar pembunuhan dengan perkara tersebut masih lagi dalam siasatan. Pada masa sama, pihak polis turut tidak menolak sebarang kemungkinan bahawa ada individu lain yang terlibat dalam pembunuhan itu. 

Catat Ulasan for "SUAMI KERAT ISTERI KEDUA KEPADA 50 BAHAGIAN"