TEGUR REMAJA BUAT BUNYI BISING MOTOSIKAL, WANITA DAN BAYI DIBUNUH
INDONESIA – Dua orang remaja di bawah umur telah ditangkap
kerana disyaki melakukan pembunuhan kejam terhadap seorang wanita berusia 45
tahun dan juga bayi lelakinya yang baru berusia 9 bulan. Kejadian pembunuhan tersebut
dilaporkan berlaku di Kampug Permatang Jaya, Riau pada 22 Disember 2022 (Rabu)
yang lalu. Suspek hanya dikenali sebagai NA (17 tahun) dan F (15 tahun).
Kedua-dua remaja berkenaan dilaporkan sudah tidak lagi bersekolah. Sementara
itu, identiti mangsa pula dikenal pasti sebagai Arita dan Rizky Arma.
Menerusi laporan daripada media tempatan Indonesia, seorang
penduduk kampung telah menemui mayat Arita dan Rizky di sebuah kawasan yang
berjarak 50 meter dari rumah mereka. Sewaktu penemuan mayat tersebut dibuat,
mayat Arita didapati berada dalam keadaan tidak berseluar serta bajunya
terselak ke atas. Mayat Rizky yang berada di dalam beg pula ditemui sekitar 10
meter dari mayat ibunya. Difahamkan suami dan bapa kepada bapa mangsa iaitu Masroni
berada di kebun sewaktu isteri serta anaknya itu dibunuh.
Hasil siasatan pihak polis mendapati, pembunuhan tersebut dilakukan oleh NA dan F disebabkan berasa sakit hati dengan tindakan Masroni yang selalu memarahi mereka berdua. Puncanya kerana NA dan F sering membuat bunyi bising motosikal di depan rumah Masroni hingga menyebabkan Rizky kerap terbangun daripada tidurnya. Jadi NA dan F yang tidak dapat menerima teguran itu pun tekad untuk membunuh Arita dan Rizky. Arita telah dibunuh dengan cara kepala serta lehernya dipukul oleh F dengan shockbreaker motosikal hingga berlumuran darah. Selepas Arita tidak lagi bernyawa, lehernya diikat menggunakan getah tayar sebelum diheret ke luar rumah. Tentang kematian Rizky, NA telah menekup mulutnya hingga bayi yang tidak berdosa tersebut tidak lagi bernafas.
Catat Ulasan for "TEGUR REMAJA BUAT BUNYI BISING MOTOSIKAL, WANITA DAN BAYI DIBUNUH"