TIDAK PUAS HATI DITINGGALKAN PASANGAN, LELAKI BUNUH EMPAT ORANG ANAKNYA SENDIRI
BRAZIL – Seorang lelaki tergamak untuk membunuh empat orang
anaknya sendiri dengan begitu kejam di rumahnya yang terletak di Alvorada,
Selatan Brazil. Lelaki berusia 28 tahun yang dikenal pasti sebagai David da
Silva Lemos itu melakukan pembunuhan tersebut untuk membalas dendam terhadap pasangannya
kerana telah meninggalkannya.
Mangsa yang dibunuh David pada hari Selasa lepas itu
dikenali sebagai Yasmin (11 tahun), Donavan (8 tahun), Giovanna (6 tahun) dan
Kimberly (3 tahun). Difahamkan pihak polis bergegas ke lokasi kejadian selepas
menerima laporan daripada ahli keluarga mangsa. Semua mayat mangsa didapati
mempunyai kesan tikaman pada tubuh badan mereka. David dikatakan telah
menghidangkan anak-anaknya itu air teh terlebih dahulu sebelum menekup muka
mereka dengan bantal dan kemudian melakukan aksi tikaman menggunakan pisau.
Sementara itu, nenek kepada mangsa menyifatkan David sebagai
seorang pengecut. David dan teman wanitanya sebelum ini sudah pun hidup bersama
selama 12 tahun namun dilaporkan telah berpisah pada bulan September yang
lepas. Keputusan perpisahan tersebut dibuat oleh wanita berkenaan selepas dia
diserang oleh David. Wanita yang berusia 24 tahun itu juga ada membuat laporan
polis tentang insiden serangan tersebut serta pada masa sama dia telah memfailkan
untuk mendapatkan perintah perlindungan.
David yang tidak berpuas hati seterusnya menggangu bekas pasangannya itu menerusi penghantaran teks mesej berbaur ugutan. Sebelum kejadian pembunuhan berlaku, semua mangsa tinggal bersama dengan David buat sementara waktu dan sepatutnya akan kembali ke rumah ibu mereka. David telah ditangkap oleh pihak polis di sebuah hotel pada keesokan pagi selepas waktu kejadian.
Catat Ulasan for "TIDAK PUAS HATI DITINGGALKAN PASANGAN, LELAKI BUNUH EMPAT ORANG ANAKNYA SENDIRI"