Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

TIDAK TERIMA HAKIKAT PERPISAHAN, LELAKI BAKAR BEKAS TEMAN WANITA

    INDONESIA – Seorang lelaki berusia 26 tahun yang hanya dikenali sebagai MU telah ditangkap oleh pihak polis selepas disyaki membunuh dan membakar mayat bekas teman wanitanya. Insiden pembunuhan tersebut dilaporkan berlaku di Nunukan, Kalimantan Utara pada 13 Disember 2022 yang lalu. Identiti mangsa dikenal pasti sebagai Sumira, 21 tahun.

    Laporan media tempatan mendedahkan bahawa Sumira telah dibunuh oleh MU sewaktu dia sedang dalam perjalanan pulang ke rumah selepas tamat waktu bekerja. Sewaktu kejadian, Sumira terserempak dengan MU dipaksa oleh bekas teman wanitanya itu ke sebuah kawasan yang sunyi sepi. Di situ, mereka berdua telah bertengkar gara-gara Sumira menolak lamaran perkahwinan daripada MU. Dek kerana berasa terlalu marah dengan penolakan tersebut, MU yang tidak dapat untuk menahan emosi bertindak untuk mencekik Sumira hingga mati. Bagi MU, tiada sesiapa yang boleh memiliki Sumira melainkan dirinya sendiri. Sesudah Sumira tidak lagi bernyawa, mayatnya telah dimasukkan MU ke dalam guni sebelum disembunyikan ke dalam semak samun yang tidak jauh dari lokasi kejadian.

    MU bagaimanapun kembali semula ke lokasi kejadian pada keesokan harinya untuk melakukan kerja-kerja pembakaran mayat Sumira dengan tujuan bagi menghapuskan bukti. Setelah menyalakan api pada mayat Sumira, MU terus beredar dari lokasi kejadian. Namun tanpa MU sedari, api yang dinyalanya itu telah terpadam. Jadi cuma sebahagian daripada mayat Sumira yang terkena api. Mayat Sumira seterusnya telah ditemui oleh orang awam pada 16 Disember 2022. Pengecaman mayat dilakukan oleh anggota keluarganya di mana mereka sebelum itu berusaha untuk mencari Sumira sejak dari hari kejadian.

    Hasil siasatan yang pihak polis jalankan, mereka tidak memerlukan masa lama untuk mengesan serta menangkap MU. Sewaktu penangkapan dibuat, pihak polis terpaksa melepaskan tembakan pada kaki MU berikutan lelaki tersebut cuba untuk melarikan diri. Pihak polis turut merampas telefon pintar milik Sumira yang telah disimpan MU. Motif pembunuhan dipercayai adalah disebabkan MU berasa sakit hati dengan Sumira yang enggan untuk menjadi isterinya. Menurut keterangan daripada adik Sumira, kakaknya dan MU merupakan pasangan tunang. Sumira tekad untuk memutuskan perhubungannya dengan MU usai mendapat tahu telefon pintar yang MU hadiahkannya adalah hasil curian. 

Catat Ulasan for "TIDAK TERIMA HAKIKAT PERPISAHAN, LELAKI BAKAR BEKAS TEMAN WANITA"