WANITA DICEKIK SAMPAI MATI SELEPAS BERHUBUNGAN SEKS DENGAN KEKASIH GELAP
INDONESIA – Pihak
polis telah menyelesaikan kes kematian seorang wanita di mana mayatnya ditemui
dalam guni berlokasi di sekitar Bogor, Jakarta baru-baru ini. Identiti mangsa
berusia 41 tahun yang hanya dikenali sebagai LH itu dipercayai telah mati
dibunuh oleh seorang lelaki dengan ringkasan nama AS, 29 tahun. Pihak polis
sudah pun menangkap lelaki tersebut pada 20 Disember 2022. AS sudah pun berumah
tangga. Begitu juga dengan LH yang berstatus sebagai ibu kepada empat orang
anak. Kejadian pembunuhan dilaporkan berlaku pada enam hari sebelum penangkapan
AS.
Berdasarkan keterangan rasmi daripada pihak polis, AS dan LH
telah pun menjalinkan hubungan sulit selama 2 tahun. AS juga merupakan anak
kepada guru mengaji LH. Sebelum waktu kejadian, AS difahamkan berniat pulang ke
kampung untuk berjumpa dengan isterinya. Walau bagaimanapun, niat AS tersebut
terbantut selepas dia tidak mempunyai wang perbelanjaan tambang yang mencukupi.
Maka dia pun mengajak LH untuk berjumpa di mana dia merancang untuk merampas
beberapa barangan berharga milik kekasih gelapnya itu.
AS dan LH kemudian telah melakukan hubungan seks di rumah
sewa AS. LH pada waktu sebelumnya telah diberikan AS wang berjumlah 300 000
rupiah. Selepas memuaskan nafsunya, AS bertindak untuk mencekik LH hingga mati.
Sesudah LH tidak lagi bernyawa, AS mengambil semula wang yang dia telah berikan
kepada wanita tersebut. Telefon pintar dan motosikal LH turut dilarikan AS.
Mayat LH dimasukkan ke dalam guni sebelum dibuang AS ke sebuah kawasan semak
samun. AS berjaya ditangkap menerusi operasi pemburuan yang pihak polis lakukan
kepadanya.
AS yakni seorang pekerja penghantaran untuk syarikat kurier menerima pertuduhan melakukan pembunuhan terancang. Jika disabitkan kesalahan, dia bakal berdepan dengan hukuman samada penjara 20 tahun, hukuman penjara seumur hidup atau dihukum mati.
Catat Ulasan for "WANITA DICEKIK SAMPAI MATI SELEPAS BERHUBUNGAN SEKS DENGAN KEKASIH GELAP"