Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

WANITA IKAT ANAK DI RUMAH SEMENTARA DIA KELUAR BERMAIN SKI

    JEPUN – Pihak polis di Mito, Ibaraki telah menangkap seorang wanita muda berusia 22 tahun kerana didapati mengikat anak perempuannya yang berusia 3 tahun di rumah mereka dengan menggunakan tali. Menerusi laporan media tempatan, wanita yang juga merupakan seorang penganggur tersebut berbuat sedemikian bagi membolehkannya keluar pergi bermain ski dengan membiarkan anaknya itu keseorangan di rumah.

    Wanita yang dikenal pasti sebagai Mio Minagawa tersebut telah ditangkap pada hari Isnin lepas dan dia sudah pun membuat pengakuan bersalah terhadap pertuduhan yang dikenakan terhadapnya. Mio dipercayai keluar dari rumah seawal pukul 7 pagi pada hari Ahad yakni sejurus selepas mengikat anak perempuannya itu. Salah seorang jiran mereka kemudian terdengar bunyi suara tangisan kanak-kanak perempuan tersebut sebelum melakukan pemeriksaan di rumah berkenaan. Setelah melihat kanak-kanak perempuan itu diikat, jiran tersebut bertindak dengan menghubungi pihak polis. Setibanya pihak polis di lokasi kejadian, mereka telah membuka tali ikatan pada kanak-kanak perempuan yang diyakini sudah lama penderaan tersebut.

    Sementara itu, Mio hanya pulang pada lewat malam hari kejadian. Mio hanya tinggal berdua dengan anak perempuannya itu yang kini diletakkan di bawah penjagaan pihak polis buat sementara waktu. Negara Jepun sememangnya terkenal dengan kisah pengabaian kanak-kanak. Kisah pengabaian kanak-kanak  yang pernah menggemparkan Jepun adalah seperti kisah benar di sebalik filem No Body Knows, kisah benar di sebalik filem Sunk into The Wombs dan kisah kematian Noa

Catat Ulasan for "WANITA IKAT ANAK DI RUMAH SEMENTARA DIA KELUAR BERMAIN SKI"