Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

WANITA TOLAK LAMARAN PERKAHWINAN, SEKUMPULAN LELAKI MERUSUH

    INDIA – Seorang wanita berusia 24 tahun telah menjadi mangsa penculikan kerana menolak lamaran perkahwinan daripada seorang lelaki. Wanita bernama Vaishali Reddy tersebut diculik oleh sekumpulan pemuda yang melakukan rusuhan di rumahnya. Menurut keterangan daripada keluarga Vaishali, kumpulan perusuh itu diketuai seorang lelaki yang dikenali sebagai Naveen Reedy tidak lain tidak bukan lelaki yang melamar Vaishali. Naveen telah menculik Vaishali yang juga merupakan seorang doktor gigi pada hari wanita itu dijadualkan untuk bertunang dengan lelaki lain.

    Vaishali bagaimanapun telah berjaya diselamatkan oleh pihak polis pada waktu petang hari kejadian penculikan. Pada masa sama, pihak polis turut menahan 32 orang lelaki yang dipercayai terlibat dalam rusuhan dan penculikan Vaishli tersebut. Sementara itu, Naveen yakni pemegang francais Mr. Tea telah pun ditangkap di mana dia bakal pertuduhan melakukan penculikan, pencerobohan, kecurian dan rusuhan. Sebelum pihak polis dapat menangkapnya, Naveen dilaporkan sempat memuat naik rakaman video berkenaan dengan pengakuan tentang dakwaannya bahawa ada kisah sebenar yang berlaku di sebalik insiden penculikan itu. Dakwa Naveen, dia melakukan perkara tersebut kerana keluarga Vaishali telah melakukan sesuatu hingga memaksanya untuk berbuat sedemikian.

    Naveen dan Vaishali dilaporkan mula bertemu sewaktu bermain badminton di sebuah kawasan sekolah. Dua bulan setelah pertemuan itu, Naveen cuba melamar Vaishali akan tetapi ditolak. Rentetan daripada perkara tersebut, Naveen tekad untuk menculik Vaishali disebabkan dia enggan wanita pujaannya itu bertunang dengan lelaki aturan keluarganya. Cuma cerita di sebelah pihak Vaishali, dia mendakwa bahawa Naveen telah meletakkannya sebagai penama dalam satu insurans kereta. Jelas Vaishali, dia tidak pernah menandatangi sebarang jenis dokumen kerana enggan untuk mempunyai kaitan dengan hal insurans tersebut. Jelas Vaishali lagi, Naveen mengugut untuk membunuh ibu bapanya jika permintaan perkahwinan itu tidak dituruti. Hingga setakat ini, pihak polis telah pun mengambil langkah serta tindakan yang sewajarnya. 

Catat Ulasan for "WANITA TOLAK LAMARAN PERKAHWINAN, SEKUMPULAN LELAKI MERUSUH "