Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

5 BLACK-HAT HACKER DUNIA PALING GILA

    Apakah yang dimaksudkan dengan hacker atau penggodam? Merujuk kepada Kamus Dewan Edisi Keempat, penggodam bermaksud orang menceroboh masuk ke dalam sistem komputer untuk mengakses data, maklumat dan sebagainya. Ada beberapa jenis istilah penggodam dan salah satu daripadanya adalah Topi Hitam (Black Hat). Penggodam Topi Hitam yang dianggap sebagai penjenayah siber ini cenderung melakukan aktiviti penggodaman dengan tujuan jahat. Namun seperkara harus diketahui, ada juga antara penggodam topi hitam ini melakukan aktiviti godam bukan untuk kepentingan peribadi akan tetapi demi menegakkan keadilan. Berikut adalah senarai 5 orang penggodam Topi Hitam yang boleh dikatakan sebagai legenda dalam dunia hacker.

RM0.25 : Link Shopee - https://shope.ee/7A9RGAibKL


5. ALBERT GONZALES

    Albert Gonzales merupakan penggodam yang telah mencuri lebih daripada 170 juta kad kredit dan kata laluan kad ATM di mana data untuk kedua-dua kad itu kemudian dijualnya semula secara dalam talian. Dia melakukan jenayah siber tersebut selama dua tahun yakni dari 2005 hingga 2007. Albert yang dilaporkan memperolehi hampir USD 180 juta daripada aktivitinya itu telah dihukum penjara 20 tahun.

4. ASTRA

    Astra merupakan nama samaran seorang lelaki penggodam yang berasal dari Greece. Nama sebenarnya tidak pernah didedahkan kepada umum akan tetapi seperkara dapat dipastikan, Astra yang berusia 58 tahun merupakan seorang pakar matematik. Dia melakukan aktiviti penggodaman dari tahun 2002 hingga 2008 dengan mencuri data maklumat teknologi senjata yang direka dalam bentuk model perisian 3D. Data yang dicuri dari sebuah syarikat gergasi bernama Salt Group tersebut telah Astra jual kepada pembeli dari serata dunia. Akibat perbuatan Astra itu, syarikat yang berkenaan telah mengalami kerugian lebih daripada USD 361 juta. Astra tidak bernasib baik apabila dia pada akhirnya ditangkap di apartment yang terletak di Athens.

3. OWEN WALKER

    Penggodam ini paling bernasib baik kerana dibebaskan tanpa disabitkan sebarang kesalahan melakukan jenayah siber. Owen Walker atau lebih dikenali sebagai AKILL baru berusia 17 tahun sewaktu dia melakukan aktiviti penggodaman dengan menyebar virus ciptaannya hingga dia berjaya memperolehi sekitar USD 26 juta.

2. GARY McKINNON

    Gary McKinnon atau Solo merupakan seorang penggodam yang berasal dari negara Scotland. Solo bukan calang-calang penggodam kerana dia adalah dalang utama kes penggodaman komputer tentera terbesar dalam sejarah. Bayangkan dari tahun 2002 hingga 2003, Solo telah menggodam 97 buah komputer tentera Amerika Syarikat termasuk NASA. Malah dia juga memadam fail-fail penting dan sulit hingga melumpuhkan sistem komputer tentera Amerika Syarikat buat seketika. Pihak kerajaan Amerika Syarikat dilaporkan terpaksa menanggung kerugian sebanyak USD 700 000 akibat perbuatan Solo tersebut.

RM469 : Link Shopee  - https://shope.ee/AK6T2F411T

1. ADRIAN LAMO

    Adrian Lamo pernah menggodam beberapa buah syarikat gergasi seperti Yahoo, Bank of America, Citigroup, The New York Times dan Microsoft. Adrian digelar sebagai penggodam gelandangan kerana dia melakukan aktiviti godam itu dengan menggunakan akses internet awam seperti di perpustakaan dan juga kedai kopi.  Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua. Begitulah juga dengan nasib Adrian. Selepas ditangkap pada tahun 2003, dia telah diperintahkan untuk menjalani hukuman berkurung selama 6 bulan di rumah ibu bapanya serta pada masa diarah membayar sejumlah wang ganti rugi kepada pihak yang berkenaan.

Catat Ulasan for "5 BLACK-HAT HACKER DUNIA PALING GILA"