Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

DOKTOR PERUBATAN DITANGKAP, ROGOL PESAKIT SEWAKTU PEMBEDAHAN


    BRAZIL - Seorang lelaki doktor perubatan  ditangkap selepas dipercayai merogol dua orang pesakitnya sewaktu mereka dalam keadaan tidak sedarkan diri akibat dibius untuk menjalani pembedahan.Suspek berusia 32 tahun yang dikenali sebagai Andres Eduardo Onate Carrillo tersebut dilaporkan ditangkap pada 16 Januari lalu. Pada masa sama, lelaki itu menerima pertuduhan memiliki lebih daripada 20 000 gambar pornografi kanak-kanak termasuk gambar bayi yang belum genap setahun. 

Beli di Shopee : https://shope.ee/c6LCktrV

    Hasil pemeriksaan pihak polis pada telefon Andres, mereka telah menemui tiga buah video aksi terkutuknya merogol pesakit selain didapati melakukan jenayah antunan seksual terhadap kanak-kanak. Pihak polis juga mengesan satu akaun laman media sosial palsu milik Andres yang menyamar sebagai kanak-kanak dengan tujuan untuk mendapatkan gambar mangsa antunan seksual dengannya cara yang lebih mudah. Malah dia juga telah merakam setiap panggilan video dengan mangsa secara rakaman skrin. 


Beli di Shopee : https://shope.ee/2fcrWDpFDc

    Penangkapan Andres sebagai penjenayah pedofilia ini ternyata telah mengejutkan ramai pihak memandangkan dia dikatakan sebagai seorang doktor perubatan yang mempunyai rekod cemerlang di hospital tempatnya bekerja. Kes masih lagi dalam siasatan sepenuhnya oleh pihak polis.

Catat Ulasan for "DOKTOR PERUBATAN DITANGKAP, ROGOL PESAKIT SEWAKTU PEMBEDAHAN"