Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

DUA REMAJA DITANGKAP, BUNUH KANAK-KANAK UNTUK JUAL ORGAN

    INDONESIA – Dua orang remaja lelaki telah ditangkap oleh pihak polis selepas dipercayai melakukan pembunuhan terhadap seorang kanak-kanak lelaki yang berusia 11 tahun. Kejadian dilaporkan berlaku di Makassar, Sulawesi Selatan. Kedua-dua suspek hanya dikenali sebagai AD (17 tahun) dan MF (14 tahun). Motif pembunuhan AD dan MF adalah untuk menjual organ mangsa. Pendedahan motif pembunuhan mereka berdua ini ternyata telah mengejutkan ramai pihak.

Beli barang Shopee di sini : https://shope.ee/5fGIo8oUkr

    Menerusi laporan daripada media tempatan Indonesia, suspek membuat pengakuan berniat untuk menjual organ mangsa dengan tujuan mendapatkan wang. Difahamkan juga dua sekawan itu mendapat tahu tentang penjualan organ tersebut menerusi satu laman sesawang di Internet. Mangsa telah diculik selepas diumpan oleh suspek yang konon mengupahnya untuk menjalankan kerja-kerja pembersihan di sebuah rumah dengan kadar upah sebanyak 50 ribu mata wang Rupiah. Mangsa kemudian dibunuh di rumah AD dengan cara dicekik serta kepalanya dihentakkan pada dinding sebanyak lima kali. Sesudah mangsa tidak lagi bernyawa, mayatnya diikat sebelum dibungkus dengan plastik hitam lalu dibuang di bawah sebuah jambatan.

    Penemuan mayat mangsa dilakukan oleh pihak polis hasil daripada pemeriksaan beberapa buah kamera litat tertutup setelah mereka menerima laporan kehilangan mangsa yang dibuat oleh ibu bapanya. Berbalik tentang suspek, si AD mengakui tidak jadi untuk menjual organ mangsa kerana tidak mengetahui posisi jantung dan buah pinggang. Pada masa sama, individu dalam laman sesawang berkenaan dengan jual beli organ tersebut tidak dapat untuk dihubungi sama sekali. Kata AD lagi yang berniat untuk mengubah suai rumah ibu bapa dan membeli komputer riba, setiap organ yang dijual mempunyai kriteria sendiri. Sebagai contoh, nilai buah pinggang mampu mencecah hingga sekitar USD 80 000 (RM352 000).

    Kes masih lagi dalam siasatan penuh oleh pihak polis dengan AD dan MF dijangka bakal menerima pertuduhan melakukan jenayah penculikan dan pembunuhan terancang. 

Catat Ulasan for "DUA REMAJA DITANGKAP, BUNUH KANAK-KANAK UNTUK JUAL ORGAN"