Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

FILEM PALING SERAM TAHUN 2023, BERSEDIAKAH ANDA UNTUK DITAKUTKAN?


    Baru-baru ini, trailer rasmi untuk filem seram yang paling-paling ditunggu-tunggu bagi tahun 2023 ini iaitu Evil Dead Rise telah pun dilancarkan. Sedutan setiap babak dalam trailer tersebut bukan saja menyeramkan malah dilihat benar-benar mengerikan. Maka tidak hairan trailer filem Evil Dead Rise telah menjadi antara kandungan sohor kini di laman media sosial.

    Evil Dead Rise merupakan filem kelima untuk francais Evil Dead karya pengarah tersohor, Sam Raimi.  Filem pertama berjudul The Evil Dead (1981) diikuti dengan Evil Dead II (1987), Army of Darkness (1992) dan Evil Dead (2013). Difahamkan Evil Dead Rise pada kali ini yang diarahkan oleh Lee Cronin telah menggunakan sebanyak 6000 liter darah palsu sepanjang penggambaran filem.

Beli barang Shopee di sini : https://shope.ee/5fGIo8oUkr

    Apa yang pasti, jalan cerita filem Evil Dead Rise ini berbeza daripada filem Evil Dead sebelumnya. Kali ini, kisah bukan berlatarbelakangkan kabin di dalam hutan akan tetapi di rumah pangsapuri. Kisah bermula apabila seorang wanita bernama Beth telah pergi mengunjungi kakaknya iaitu Ellie yang tinggal bersama dengan tiga orang anaknya di Los Angeles. Dijadikan cerita, salah seorang anak Ellie yang dikenali sebagai Danny telah menemui sebuah kitab Necromicon yakni kitab kematian untuk melepaskan roh jahat ke dunia. Penemuan kitab itu sekaligus menyebabkan Ellie dirasuk oleh roh jahat yang sangat dahsyat. Beth dan tiga orang anak saudaranya yang berada dalam keadaan ketakutan hanya mempunyai dua pilihan, mati atau terus bertahan untuk hidup.

    Jadi, bersediakah anda untuk ditakutkan pada bulan April nanti? Motion Pictures Association of America telah memberikan rating R atau Restricted yang bermaksud filem ini sesuai untuk tontonan mereka yang berusia 17 tahun ke atas. Video trailer Evil Dead Rise boleh ditonton di sini : Evil Dead Rise

Catat Ulasan for "FILEM PALING SERAM TAHUN 2023, BERSEDIAKAH ANDA UNTUK DITAKUTKAN? "