IBU MEROYAN CEKIK DUA ORANG ANAK SAMPAI MATI
AMERIKA SYARIKAT – Seorang wanita berusia 32 tahun dilaporkan cuba untuk membunuh diri dengan cara terjun dari tingkap yang terletak di tingkat kedua rumahnya. Dia berbuat sedemikian selepas mencekik dua orang anaknya yang berusia 5 dan 3 tahun sampai mati. Seorang lagi anak wanita tersebut yakni bayi lelaki berusia sekitar tujuh bulan turut dicekik akan tetapi sempat diselamatkan. Identiti wanita tersebut dikenal pasti sebagai Lindsay Clancy. Dua orang anaknya terkorban itu pula bernama Cora dan Dawson. Mereka berdua meninggal dunia sejurus tiba di hospital.
Link Shopee : https://shope.ee/Avg6bwkV9 |
Difahamkan sewaktu kejadian, suami Lindsay iaitu Patrick Clancy yang berusia 34 tahun keluar dari rumah selama 25 minit untuk mengambil makanan yang dipesannya di luar. Namun sekembalinya ke rumah, Patrick terkejut apabila mendapati isterinya sedang terbaring di luar rumah mereka. Patrick kemudian terus menghubungi pihak talian kecemasan selepas turut menemui ketiga-tiga orang anaknya yang berada di tingkat atas rumah berada dalam keadaan tidak sedarkan diri.
Link Shopee : https://shope.ee/8pDeQvG86Y |
Maklumat dapat dipastikan hingga setakat ini, Lindsay ada mengalami penyakit Postpartum Depression atau meroyan yakni tidak lama setelah kelahiran anaknya yang ketiga. Dia bagaimanapun sudah mengambil langkah awal dengan menjalani rawatan sepatutnya di klinik selama lima hari pada setiap minggu. Malah Patrick juga sanggup berkorban untuk bekerja dari rumah demi memberikan sokongan kepada isterinya itu secara berterusan. Buat masa sekarang, pihak polis masih menyiasat sama ada penyakit kemurungan yang dialami oleh Lindsay sebenarnya sudah berada pada peringkat Psikosis Postpartum. Penyakit Psikosis Postpartum ini adalah meroyan tahap serius di mana seseorang itu boleh mengalami halusinasi secara pendengaran dan visual.
Lindsay yang juga merupakan seorang jururawat sebelum ini pernah membuat perkongsian tentang Postpartum Anxiety di laman akaun Facebook miliknya. Namun berdasarkan foto keluarga yang Lindsay muat naik di laman Facebook tersebut, dia dilihat sebagai seorang isteri dan ibu yang sangat penyayang.
Catat Ulasan for "IBU MEROYAN CEKIK DUA ORANG ANAK SAMPAI MATI"