INI CARA BRYAN KOHBERGER “STALK” MANGSA PEMBUNUHANNYA
Menerusi perkembangan terkini perbicaraan kes pembunuhan
kejam empat orang pelajar Universiti Idaho, pihak pendakwaan masih lagi
berusaha keras untuk mengenal pasti motif utama satu-satunya suspek iaitu Bryan
Kohberger melakukan pembunuhan tersebut.
Namun seperkara dapat dipastikan yakni sebelum insiden pembunuhan itu
berlaku, Bryan yang juga merupakan seorang pelajar pengajian doktor falsafah
dilaporkan telah menghendap ketiga-tiga mangsa wanita berkenaan dengan cara
berikut :
1. Bryan Kohberger ikuti akaun Instagram semua mangsa wanita
Bryan telah mengikuti akaun Instagram Kaylee, Xana dan
Madison. Walau bagaimanapun, tiada seorang pun daripada mangsa yang ikuti
semula akaun Instagram Bryan.
Beli di Shopee : https://shope.ee/9zPVjC76mW |
2. Hantar Mesej Berkali-kali Kepada Salah Seorang Mangsa
Pada dua minggu sebelum kejadian pembunuhan berlaku, Bryan
telah menghantar mesej berkali-kali kepada salah seorang daripada mangsa
walaupun mesej tersebut langsung tidak berbalas. Mesej itu bertulis seperti
"Hai awak? Apa khabar?"
3. Bryan Makan Pizza di restoran tempat mangsa bekerja.
Terdapat saksi mendakwa telah ternampak Bryan sedang memakan
Pizza di sebuah restoran tempat Xana dan Madison sebanyak dua kali sebelum
kejadian berlaku. Cumanya tiada apa-apa
yang mencurigakan tentang Bryan pada waktu tersebut. Difahamkan Xana dan
Madison merupakan pekerja sambilan di restoran itu.
Beli di Shopee : https://shope.ee/5AKFyXfv8h |
4. Bryan mengintai rumah mangsa sebanyak 12 kali sebelum memulakan aksi pembunuhan
Bryan telah melalui kawasan rumah mangsa sekurang-kurangnya 12 kali sebelum dia memulakan aksi pembunuhan. Perkara ini adalah berdasarkan analisis pada data telefon miliknya. Bryan melakukan aktiviti tersebut pada waktu awal pagi, petang dan lewat malam.
Beli mana-mana barang di Shopee melalui pautan ini : https://shope.ee/5ztMyDhqLY |
5. Salah seorang mangsa pernah mengadu dirinya sedang diekori oleh seseorang.
Salah seorang mangsa iaitu Kaylee Goncalves pernah mengadu
berasa dirinya seperti sedang diperhatikan serta diekori oleh seseorang pada
setiap kali dia pergi dan pulang dari bar.
Kisah terdahulu tentang kes ini boleh dibaca di sini :
1) MISTERI PEMBUNUHAN EMPAT ORANG PELAJAR UNIVERSITI IDAHO
2) PEMBUNUH EMPAT ORANG PELAJAR UNIVERSITI IDAHO AKHIRNYADITANGKAP
Catat Ulasan for "INI CARA BRYAN KOHBERGER “STALK” MANGSA PEMBUNUHANNYA"