KAHWIN KERANA TERPAKSA, PENGANTIN WANITA MENANGIS PADA HARI PERKAHWINAN
CHINA – Tular satu video seorang pengantin wanita yang telah
menangis pada majlis hari perkahwinannya. Menerusi pengakuan daripada pengantin
wanita yang dikenali sebagai Yan dari wilayah Guizhou tersebut, tangisannya itu
adalah kerana dia terpaksa mengahwini lelaki yang tidak pernah pun dicintainya.
Malah Yan juga berkahwin semata-mata untuk memenuhi hasrat ibu-bapanya serta
mengikut adat masyarakat di sana.
Link Shopee : https://shope.ee/4V4PhO7pfV |
Menerusi video tular yang mendapat lebih daripada 11 000 komen tersebut, Yan yang memakai gaun serba putih dilihat telah mengalirkan air matanya serta pada masa sama enggan untuk memandang kamera. Difahamkan juga suami Yan itu adalah lelaki yang dikenalinya secara temu janji buta. Apa yang pasti, Yan berkahwin sekadar untuk melegakan hati ibu bapanya. Kata Yan,
“Ibu bapa saya semakin
tua. Begitu juga dengan diri saya. Saudara-mara asyik bertanya bila nak kahwin?
Jiran-jiran pula sibuk mengata saya.”
Tambah Yan lagi, dia tidak mempunyai sebarang perasaan
terhadap suaminya.
“Saya tidak pasti bagaimana dengan soal masa depan saya.”
Sementara itu, pengguna laman media sosial yang berkenaan memberi pendapat bahawa Yan tidak akan pernah bahagian dengan perkahwinannya. Namun ada juga antara mereka yang berpendapat sebaliknya.
“Perkahwinan adalah
satu penyeksaan.”
“Saya lebih kasihan
dengan orang lain berbanding diri saya sendiri. Hidup ini terlalu singkat.
Kenapa dia perlu korbankan kehidupan dirinya sendiri hanya semata-mata untuk
menggembirakan orang lain.”
“Dia nampak sangat
sedih. Cuma adakah dia akan menyakiti suaminya kerana perkahwinan itu bukan
atas dasar cinta?”
Beli barang Shopee di sini : https://shope.ee/5fGIo8oUkr |
“Saya berharap suaminya adalah seorang lelaki yang baik dan berharap hubungan rumah tangga mereka berkekalan.”
Catat Ulasan for "KAHWIN KERANA TERPAKSA, PENGANTIN WANITA MENANGIS PADA HARI PERKAHWINAN"