KENALI HIROTADA OTOKAKE, LELAKI YANG MEMPUNYAI 50 OROANG TEMAN WANITA SULIT
Benarlah orang kata bahawa kesetiaan seseorang wanita itu
diuji saat tidak mempunyai apa-apa manakala lelaki pula diuji saat dia memiliki
segala-galanya. Baiklah, artikel kali ini menceritakan secara ringkas tentang
seorang lelaki dari Jepun yang dikenali sebagai Hirotada Ototake. Dia
dilahirkan tanpa kedua-dua tangan serta kaki sejak dari dia lahir lagi akibat
penyakit genetik jarang berlaku yang dinamakan sebagai Sindrom Tetra-Amelia.
Senang cerita, kisah hidup Hirotada menjadi inspirasi kerana kecekalan yang dia
lalui hingga membolehkannya menjadi salah seorang penulis paling berjaya di
Jepun.
Pada asalnya, Hirotada mempunyai seorang isteri yang bernama
Hitomi. Pasangan tersebut mempunyai tiga orang anak hasil perkahwinan mereka.
Hinggalah pada tahun 2016, tersebar luas berita tentang kecurangan Hirotada
telah meniduri lima orang wanita berbeza pada sepanjang 15 tahun tempoh
perkahwinannya bersama dengan Hitomi. Hirotada didakwa berlaku curang buat kali
pertama tidak lama selepas anak sulungnya dilahirkan. Malah ada juga sumber
mengatakan bahawa Hirotada dipercayai telah menjalinkan hubungan sulit dengan
sekitar 50 orang wanita yakni terdiri daripada setiausahanya, rakan sekerja dan
juga kakitangan perubatan yang merawatnya.
Hirotada kemudian membuat pengakuan tentang kecurangan tersebut sebelum membuat permohonan maaf secara umum. Isterinya pula yang benar-benar berasa dikhianati serta tidak pernah dihargai memilih untuk menuntut penceraian. Hirotada dan Hitomi sah bercerai pada tahun 2016 dengan hak penjagaan ketiga-tiga anak mereka diberikan kepada Hitomi. Tidak lama sesudah penceraian itu, Hirotada dilaporkan telah menemui cinta baru.
Catat Ulasan for "KENALI HIROTADA OTOKAKE, LELAKI YANG MEMPUNYAI 50 OROANG TEMAN WANITA SULIT"