KES VIRAL INDONESIA, IBU MENTUAKU KEKASIH GELAPKU
Baru-baru ini, tular di laman media sosial tentang seorang
wanita Indonesia dikhianati oleh dua orang insan yang paling dia percayai.
Kedua-dua insan yang dimaksudkan itu adalah suami serta ibu kandungnya sendiri.
Kata kunci, si ibu mentua menjalinkan hubungan sulit dengan menantu sendiri
hingga ke tahap berzina.
Wanita yang menjadi mangsa perkhianatan ini bernama Norma
Rismala. Suaminya pula bernama Rozy Zay. Entah apa yang sebenarnya yang bermain
dalam fikiran Rozy untuk berlaku curang dengan ibu mentua sedangkan Norma
adalah seorang wanita cantik. Menerusi satu pendedahan daripada Norma dalam video
Youtube “Curhat Bang Denny Sumargo” bertarikh 28 Disember 2022, dia mendakwa bahawa dirinya benar-benar
berasa sedih dengan apa telah berlaku kepada dirinya.
Cerita Norma, dia sebenarnya sudah mengesyaki ibunya iaitu Rihanah berhubungan dengan Rozy sebelum dari perkahwinannya lagi. Bapa Norma juga turut mengetahui tentang perkara tersebut. Norma bagaimanapun tekad untuk mengahwini Rozy atas dasar cinta. Lagipun, Rozy merupakan cinta pandang pertamanya di mana hubungan mereka telah terjalin sejak dari bangku persekolahan lagi. Jelas terpancar kekecewaan pada wajah bapa Norma sewaktu hari perkahwinan Norma dan Rozy itu. Manakan tidak, dia yang juga merupakan seorang pengusaha kedai mi mesti memikirkan apa yang akan isterinya dan Rozy lakukan pada hari-hari mendatang.
Selepas berkahwin,
Norma dan Rozy masih tinggal sebumbung dengan Rihana serta suaminya. Namun
seperkara yang kerap membuatkan Norma rasa tidak sedap hati adalah sewaktu dia
dan bapanya keluar pergi bekerja. Perkara ini bermaksud Rozy dan Rihana sering
tinggal berdua-duaan di rumah. Disebabkan itu, Norma pada akhirnya tekad untuk
berpindah rumah dengan tinggal di sebuah rumah sewa yang terletak tidak jauh
dari kedai mi bapanya. Cuma sebaik saja Rihana mendapat tahu mengenai Norma dan
Rozy akan tinggal berjauhan, dia mula menjadi tidak keruan hingga memarahinya
dengan mengeluarkan kata-kata kesat. Apa yang pasti, kemarahan Rihana tersebut
adalah kerana dia tahu sukar untuk berjumpa dengan Rozy selepas itu. Pada masa
sama, Norma juga sudah berusaha untuk menyekat nombor telefon ibunya daripada
dapat menghubungi Rozy yang acuh tak acuh setiap kali ditanya tentang hubungannya
dengan Rihana.
Dijadikan cerita yakni pada petang 15 November 2022, rumah sewa yang didiami oleh Norma telah diserbu oleh penduduk kampung. Waktu tersebut, Norma tiada di rumah. Serbuan itu dibuat selepas penduduk kampung diberitahu mengenai Rihana tidak keluar dari rumah sewa Rozy untuk tempoh yang agak lama. Kebetulan pula bapa Norma pada hari tersebut pula telah keluar ke pekan untuk membeli bahan mi. Pada mulanya, penduduk kampung mengintip rumah sewa itu menerusi satu lubang ruang udara akan tetapi tiada sesiapa yang dilihat berada di ruang tamu dan dapur. Saat yang mengejutkan apabila penduduk kampung tersebut mendengar bunyi suara intim lelaki dan wanita melakukan hubungan seks dari arah sebuah bilik. Mendengar suara itu, penduduk kampung tidak melengahkan masa untuk memecah masuk rumah sewa tersebut setelah ketukan pintu mereka dibuat tidak berjawab. Rozy dan Norma ternyata berada dalam keadaan yang sangat mengaibkan, tidak lain tidak bukan sedang bertelanjang bulat. Rozy sempat melarikan diri. Rihana? Dia menafikan segala-galanya.
Catat Ulasan for "KES VIRAL INDONESIA, IBU MENTUAKU KEKASIH GELAPKU"