Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

KES VIRAL KHADIDJA & SHARABAN : Mangsa dan Pembunuh Pelanduk Dua Serupa

Khadidja

    JERMAN – Tular tentang kes pembunuhan seorang wanita pakar kecantikan berusia 23 tahun yang bernama Khadidja. Kes pembunuhan tersebut dilaporkan berlaku pada bulan Ogos 2022 namun baru menjadi tular kerana maklumat terperinci telah pun didedahkan kepada pihak media.

Link Shopee : https://shope.ee/7UiO52x1xC

    Berdasarkan laporan daripada media, Khadidja mati akibat ditikam lebih daripada 50 kali oleh seorang wanita yang mirip wajah dengannya iaitu Sharaban K. Difahamkan Sharaban yang turut berusia 23 tahun telah membunuh Khadidja bagi memalsukan kematiannya. Sharaban dikatakan berbuat sedemikian kerana ingin melarikan diri daripada keluarganya. Tidak jelas punca sebenar Sharaban ingin melarikan diri akan tetapi apa yang dapat dipastikan adalah dia telah bertengkar dengan keluarganya itu. Seorang lagi yang ditahan adalah lelaki yang dikenali sebagai Sheqir K. Lelaki berkenaan dipercayai telah bersubahat dengan Sharaban untuk melakukan pembunuhan tersebut.

Link Shopee : https://shope.ee/8euLTFr6vo

    Mayat Khadidja sebelum ini ditemui dalam tempat duduk belakang sebuah kereta yang diparkir di sekitar Ingolstadt pada 16 Ogos 2022. Dia sebelum itu termakan umpan daripada Sharaban yang telah mengajaknya bertemu konon bagi urusan perniagaan kosmetik. Sesudah bersemuka, Sharaban mengambil kesempatan itu untuk membunuh Khadidja. Sebelum pertemuan dengan Khadidja, Sharaban telah berusaha untuk mempelawa beberapa orang wanita mirip dengan wajahnya yang dikenali melalui laman media sosial namun kesemua pelawaan tersebut ditolak. Pada mulanya, identiti mayat Khadidja telah dikenal pasti sebagat Sharaban. Walau bagaimanapun, rahsia jahat Sharaban itu terbongkar hasil laporan bedah siasat dan pengesahan yang dibuat oleh keluarga Khadidja.

    Buat masa sekarang, Sharaban dan Sheqir sudah pun ditangkap oleh pihak polis. Cuma masih tidak jelas tarikh perbicaraan kes mereka dijadualkan untuk berlangsung. Pada masa sama, pihak polis memberitahu kes pembunuhan Khadidja ini adalah sangat luar biasa kerana unsur plow twist yang tidak dijangka sama sekali. 

Catat Ulasan for "KES VIRAL KHADIDJA & SHARABAN : Mangsa dan Pembunuh Pelanduk Dua Serupa"