KISAH DANIEL PETRIC : Mak, Ayah, Kejutan untuk Awak Berdua
Kisah pembunuhan ini berlaku pada tahun 2007 bertempat di
Ohio, Amerika Syarikat. Tahun tersebut, Daniel Petric merupakan seorang remaja
lelaki berusia 16 tahun yang mempunyai masalah ketagihan bermain permainan
video terutama permainan video Halo 3. Adakalanya dia akan menghabiskan masa
selama 18 jam untuk bermain permainan video tersebut. Sebelum terjebak dalam
Halo 3, Daniel dikatakan sebagai seorang remaja yang baik dan mendengar kata
kedua-dua orang tuanya. Dalam erti kata lain, Daniel bukan remaja yang
bermasalah sama sekali. Perangai Daniel bagaimanapun mula berubah selepas mula
mengenali Halo 3 yakni sewaktu dia dalam tempoh berehat panjang akibat
mengalami kecederaan pada tulang belakang.
Kisah bermula pada sekitar jam 7 malam 20 Oktober 2007 di mana kakak Daniel yang bernama Heidi serta suaminya pulang ke rumah ibu bapanya untuk menonton perlawanan bola lisut di teleisyen. Namun sesudah sampai, Daniel yang berada di dalam rumah tidak membenarkan kakak dan abang iparnya untuk memasuki rumah. Heidi diberitahu oleh Daniel bahawa ibu bapa mereka sedang bergaduh. Curiga dengan keadaan itu, Heidi dan suaminya mencari jalan untuk masuk ke dalam rumah. Selepas berjaya berbuat sedemikian, Heidi telah menemui mayat ibunya yang dikenali sebagai Susan (43 tahun) terbaring dengan kesan tembakan pada bahagian kepala, lengan dan dada. Sementara itu bapa Heidi iaitu Mark yang turut ditembak pada bahagian kepala berjaya diselamatkan selepas sempat dihantar ke hospital untuk dirawat. Tentang Daniel, dia telah ditangkap oleh pihak polis sewaktu dalam perjalanan menuju ke rumah rakannya dengan menaiki van milik keluarganya.
Menerusi keterangan awal yang Daniel berikan kepada pihak polis, dia pada mulanya mendakwa bahawa Mark telah melepaskan tembakan terhadap Susan terlebih dahulu sebelum menembak dirinya sendiri. Pihak polis mendapati Daniel berbohong mengenai perkara tersebut kerana bukti forensik menunjukkan sebaliknya. Hasil siasatan polis mendapati bahawa Daniel telah melakukan pembunuhan itu hanya kerana Mark menyimpan salinan cakera Halo 3 miliknya. Mark dan Susan sejak dari awal lagi tidak bersetuju Daniel bermain Halo 3 tersebut yang sememangnya mempunyai unsur keganasan. Daniel juga pernah diugut untuk diusir keluar dari rumah jika dia tidak berhenti daripada bermain Halo 3.
Bercerita tentang hari kejadian, Daniel telah menemui kunci tempat cakera permainan video Halo 3 kepunyaannya yang disimpan bersama dengan pistol milik Mark. Dia kemudian mengambil cakera dan pistol lalu menuju ke arah ibu bapanya yang sedang duduk di sofa. Kata Daniel,
"Mak, ayah, boleh tak pejam mata. Saya ada hadiah untuk
awak berdua."
"Bang! Bang! Bang!" Tembakan pun dilepaskan. Selepas menembak ibu bapanya, Daniel telah
meletakkan pistol pada tangan Mark bertujuan
untuk menampakkan pembunuhan itu sebagai kes bunuh diri.
Beli barang Shopee di sini : https://shope.ee/5fGIo8oUkr |
Berhubung dengan keputusan perbicaraan kes di mahkamah, Daniel yang didapati bersalah telah dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup dengan layak untuk pembebasan secara bersyarat selepas 23 tahun dipenjarakan. Mark sendiri sudah memaafkan Daniel yang dilihat benar-benar menyesali perbuatannya. Dia lebih mengenali anak lelakinya itu daripada orang lain.
Catat Ulasan for "KISAH DANIEL PETRIC : Mak, Ayah, Kejutan untuk Awak Berdua"