Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

KISAH GENEVIEVE LHERMITTE YANG BENAR-BENAR MENYEDIHKAN

    Pada 28 Februari 2007, seorang wanita Belgium berusia 40 tahun yang bernama Genevieve Lhermitte telah membunuh kelima-lima anaknya dengan cara mengelar leher mereka seorang demi seorang. Selepas semua anaknya mati, Genevieve cuba untuk membunuh diri namun cubaannya itu tidak berhasil. Genevieve telah ditangkap sebelum dijatuhkan hukuman mati atas pertuduhan jenayah pembunuhan peringkat pertama yang dia lakukan. Jadi apakah sebenarnya yang menyebabkan Genevieve sanggup bertindak di luar kawalan sedemikian? 

    Bercerita tentang latar belakang Genevieve, dia telah berkahwin dengan seorang lelaki yang dikenali sebagai Bouchaib Moqadem pada tahun 1990. Setahun selepas perkahwinan tersebut, Genevieve berjaya menamatkan pengajian Diploma dalam jurusan Bahasa Perancis dan Sejarah di sebuah institut pendidikan yang terletak di Uccle. Selepas bergelar sebagai pasangan suami isteri, Genevieve dan Bouchaib telah tinggal di sebuah apartment kediaman milik seorang doktor perubatan pertengahan usia yang bernama Dr. Michel Schaar. Dalam erti kata lain juga, Genevieve dan suaminya itu tinggal sekali bersama dengan Dr. Michel yang dianggap oleh Bouchaib sebagai bapa angkatnya. Perkara ini kerana Dr. Michel rapat dengan keluarga Bouchaib sejak Bouchaib dari kecil lagi. Pada mulanya, Genevieve tidak mempunyai sebarang masalah untuk tinggal di apartment Dr. Michel kerana dia beranggapan perkara tersebut hanyalah untuk sementara waktu. Seperkara lagi harus diketahui, Dr. Michel jugalah yang banyak mengeluarkan duit untuk menyara kehidupan Bouchaib dan Genevieve memandangkan Bouchaib hanyalah seorang pekerja kedai runcit.

    Tahun 1991, Genevieve telah mendapat pekerjaan untuk menjadi seorang guru sekolah. Genevieve seterusnya selamat melahirkan anak pertamanya iaitu Yasmine pada tahun 1992 diikuti dengan Nora pada tiga tahun kemudian. Empat bulan sesudah kelahiran Nora, Genevieve telah disuruh untuk bercuti daripada mengajar susulan dia yang disahkan mengalami penyakit kemurungan. Hinggalah satu ketika, Dr. Michel telah membeli sebuah lagi rumah dan menyuruh Bouchaib serta Genevieve untuk mengikutnya sekali berpindah. Dr. Michel menanggung Bouchaib dan Genevieve daripada pelbagai aspek seperti percutian, pembaikan rumah, elaun bulanan dan insurans hayat. Anak ketiga Genevieve dilahirkan pada tahun 1997 yang dinamakan sebagai Miriam. Mina yakni anak keempat Genevieve pula lahir pada tahun 1999.

    Sampai satu masa, Genevieve sudah tidak tahan dengan kehadiran Dr. Michel yang dia anggap tidak sepatutnya masuk campur dalam semua urusan rumah tangganya. Lebih membuatkan Genevieve berasa tertekan, dia menguruskan semua anaknya seorang diri pada hampir setiap hari. Bouchaib? Dia lebih gemar untuk menghabiskan masa di luar dengan melepak di bar dan spa. Malah Bouchaib juga kerap bercuti bersendirian untuk melawat keluarganya yang berada di negara Maghribi. Percutian Bouchaib itu bukan sehari dua akan tetapi memakan seminggu hingga sebulan. Tahun 2003, Genevieve telah melahirkan anak yang kelima iaitu Mehdi yang juga merupakan satu-satunya anak lelakinya. Setelah Mehdi lahir, tahap kemurungan Genevieve menjadi semakin teruk. Dr. Michel yang menyedari perubahan sikap Genevieve secara mendadak segera menasihatkan Genevieve supaya pergi bertemu dengan pakar psikiatri secepat yang mungkin.

    Pada 28 Februari 2007, Genevieve melakukan rutin hariannya dengan mengambil anaknya di sekolah dan menyediakan makanan tengah hari untuk mereka. Hari tersebut, Bouchaib yang berada di Maghribi dijadualkan akan pulang ke Belgium. Entah apa yang bermain dalam fikiran Genevieve pada hari itu, dia telah pergi ke pasar raya untuk membeli dua bilah pisau. Sampai di rumah, Genevieve yang dikatakan sebagai seorang ibu penyayang telah membunuh kelima-lima orang anaknya. Dia sempat memohon maaf kepada semua anaknya sebelum mengelar leher mereka seorang demi seorang. Mangsa pertama yang dibunuh adalah Mina, kedua Medhi, ketiga Miriam, keempat Nora dan kelima Yasmin. Seperti yang diceritakan pada perenggan pertama artikel, Genevieve melakukan percubaan bunuh diri dengan menikam badannya sendiri. Cubaan itu bagaimanapun gagal sebelum dia menghubungi pihak polis dalam keadaannya kesakitan untuk memberitahu tentang perkara yang telah berlaku.

    Berhubung dengan perbicaraan kes mahkamah, Genevieve telah membuat pengakuan sebagai pembunuh anak-anaknya. Dakwa Genevieve lagi, semuanya adalah salah Dr. Michel yang telah menjejaskan peranannya sebagai seorang isteri dan ibu.

    “Bayangkan Dr. Michel telah pergi menemani kami pergi berbulan madu. Dia tidur sekali di dalam bilik tidur kami. Kami berdua perlu menunggu dia tidur terlebih dahulu untuk melakukan hubungan intim. Saya berasa pelik Bouchaib menganggap dia sebagai bapa angkat. Saya rasa Dr. Michel menyayangi suami saya atas dasar cinta platonik.”

Beli barang Shopee di sini : https://shope.ee/5fGIo8oUkr


    Kesudahan kisah, Genevieve dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup. Dia yang turut menyesal dengan perbuatannya itu telah bercerai dengan Bouchaib. Pada bulan Februari 2010, Bouchaib berkahwin semula dengan mengahwini seorang wanita yang bekerja sebagai Professor di sebuah institusi pengajian. Kisah Genevieve diangkat menjadi filem pada tahun 2012 dengan judul “Our Children” di mana filem ini telah mendapat pujian kerana meninggalkan kesan yang begitu mendalam kepada penonton. Tonton video trailer tersebut di sini : https://youtu.be/vukNkMtApJ0

Catat Ulasan for "KISAH GENEVIEVE LHERMITTE YANG BENAR-BENAR MENYEDIHKAN"