KISAH LEGENDA URBAN SERAM STESEN KISARAGI
Gambar sekadar hiasan. |
Pernah dengar tentang kisah legenda urban seram Stesen
Kisaragi dari Jepun? Legenda urban ini mengisahkan tentang seorang wanita
sempat berkongsi pengalaman anehnya semasa berada di dalam sebuah kereta api.
Wanita tersebut kemudian tiba-tiba hilang secara misteri tidak lama selepas
kereta api yang dinaikinya itu berhenti di sebuah stesen kereta api bernama
Stesen Kisaragi. Lebih menyeramkan, Stesen Kisaragi tersebut tidak wujud sama
sekali dalam peta di negara Jepun. Jadi, apa sebenarnya yang berlaku kepada
wanita itu? Ada pihak yang mendakwa bahawa kisah Stesen Kisaragi ini bukan
sekadar legenda urban akan tetapi sebuah kisah benar. Cuma sejauh mana
kebenarannya adalah tidak dapat disahkan.
Kisah bermula pada tahun 2004 di mana ada seorang wanita dikenali sebagai Hasumi telah memuat naik satu hantaran di laman forum 2Chan untuk memberitahu bahawa kereta api yang dia naiki pada malam tersebut langsung tidak berhenti di mana-mana stesen selama 20 minit seperti kebiasaannya. Sila baca dengan teliti kerana penulisan untuk kisah ini adalah dalam bentuk mesej dari forum itu. 2ch merujuk kepada pengguna forum 2chan yang lain.
Hasumi : Ini mungkin Cuma sekadar imaginasi aku...cuma bolehkah
aku teruskan cerita?
2ch: Silakan
2ch: Apa yang dah berlaku?
Hasumi : Aku sekarang berada dalam kereta api tapi aku rasa ada sesuatu yang tidak kena.
2ch: Hmmm...
Hasumi : Aku memang selalu naik kereta api ini untuk pergi
ke tempat kerja. Masalahnya sekarang sudah lebih 20 minit kereta api ini tidak
berhenti. Biasanya kereta api ini ambil masa dari lima hingga lapan minit untuk
berhenti di setiap stesen. Oh, ada lima orang lagi penumpang lain akan tetapi
mereka semua sedang tidur.
2ch : Ke kau tersilap naik kereta api?
2ch : Kereta api berkelajuan tinggi ke?
Hasumi : Rasanya aku mungkin dah terlepas stesen yang sepatutnya.
Aku terpaksa tunggu dulu. Kalau ada apa-apa yang pelik berlaku, nanti aku beritahu
lain dekat sini.
2ch : Cuba kau pergi jumpa dengan konduktor?
2ch : Mana tahu konduktor tu cuai. Cuba pergi periksa.
Hasumi : Kereta api ni macam tak akan berhenti. Baiklah, aku
pergi tanya.
Hasumi : Tingkap pintu ni terlindung. Jadi aku tak dapat nak
tengok konduktor atau pemandu. Apa yang aku dapat pastikan, laluan kereta api
ni dekat Shizuoka.
2ch : Cuba ketuk tingkap pintu tu?
Hasumi : Aku dah cuba tapi tak ada orang jawab pun.
2ch : Cuba kau tengok pemandangan dekat luar tingkap? Mana
tahu jumpa nama stesen.
Hasumi : Kami baru je keluar dari terowong. Biasanya tiada
terowong pun. Tadi aku naik dari stesen Shin-Hamamtsu.
Hasumi : Kereta api ni nak berhenti di sebuah stesen.
2ch : Kau tak
akan turun kan?
Hasumi : Kami berhenti di Stesen Kisaragi. Rasa macam tak sedap hati nak keluar sebab tak pernah dengar nama stesen ni.
2ch : Tunggu jap, aku check.
2ch : Tak payah turun, alang-alang sampai stesen
terakhir.
2ch : Pukul berapa kau naik kereta api ni tadi?
Hasumi : Aku dah turun tapi tak ada orang pun dekat
stesen ni. Aku rasa aku naik kereta api ni tadi dalam jam 11.40.
2ch : Aku tak dapat jumpa apa-apa maklumat pasal Stesen
Kisaragi. Hasumi, kau dalam kereta api
ni tadi dah lebih daripada satu jam. Serius, pelik.
2ch : Alamak, sama. Aku pun tak jumpa apa-apa pasal Stesen
Kisaragi.
Hasumi : Aku dah cuba cari jadual perjalanan kereta api ni
tapi langsung tak jumpa. Alamak, kereta api tu dah bergerak!
2ch : Memang tak ada sesiapa ke dekat situ? Bangunan
pun tak ada? Hati-hati weyh.
Hasumi : Aku cuba cari teksi dekat stesen ni. Terima
kasih.
2ch : Okaylah kalau macam tu. Jaga diri.
2ch : Kan tak ada orang dekat situ. Macam sesuatu je
kalau kau dapat jumpa teksi.
2ch : Ke Hasumi dah jadi penghuni dua alam?
Hasumi : Nampak gaya, macam tak ada je teksi.
2ch : Telefon 110 (Talian polis)
2ch : Cuba telefon mana-mana syarikat teksi.
2ch : Kalau ada pondok telefon dekat situ, kau cari
nombor telefon syarikat teksi dalam buku telefon tu.
Hasumi : Aku dah telefon rumah, minta tolong diaorang datang
ambil. Masalahnya diaorang pun tak tahu lokasi Stesen Kisaragi ni walaupun dah
cari dekat peta. Aku rasa takutlah.
2ch : Mana penumpang lain tadi? Ke kau turun seorang?
2ch : Aku pun dah check online. Memang tak ada Stesen
Kisaragi. Aku mati-mati ingat dekat Shin-Hamamatsu?
Hasumi : Sini memang tak ada apa. Pondok telefon apa
semua tak ada.
2ch : Biasanya
memang ada pondok telefon dekat mana-mana stesen.
Hasumi : Aku tengok nama stesen ni ditulis dalam tulisan
kanji yang bermaksud iblis. Tapi bila dibaca, sebutannya jadi Kisaragi.
2ch : Stesen Iblis? Biar betul
2ch : Beritahu kami
nama stesen sebelum dan selepas Kisaragi.
Hasumi : Tak ada apa
ditulis dekat sini.
2ch : Teruskan
berjalan dekat tepi landasan kereta api.
2ch : Kalau kau
berlari sekarang, kau boleh kejar balik kereta api tadi.
2ch : Mesti jumpa
rumah di sekitar kawasan stesen tu.
Hasumi : Betul juga.
Aku tak terfikir pun sebab panik. Sekarang aku berjalan dekat tepi landasan ni
sambil tunggu panggilan telefon daripada parent aku. Aku nak balik rumah.
Hasumi : Memang tak ada apa dekat sini. Yang ada cuma tanah lapang dan gunung. Aku fikir aku akan jumpa laluan kalau aku ikut je laluan sekarang. Jadi, aku teruskan je. Terima kasih semua. Maaf kalau apa yang aku cakap bunyinya macam kelakar. Tapi boleh ke aku minta apa-apa pertolongan dekat sini kalau aku ada masalah lain nanti?
2ch : Tak ada hallah. Cuma hati-hatilah dekat situ.
2ch : Boleh. Pastikan
bateri telefon kau tak habis. Itu je talian hayat kau sekarang.
2ch : Jangan sesat.
Hati-hati dalam terowong tu.
2ch : Tapi kan, kira
okaylah telefon kau ada line dekat tempat yang tak “wujud” ni. Aku rasa kau jangan pergi jauh sangat dari stesen tu.
2ch : Gila...Malam-malam
buta bersendirian di stesen kereta api yang tak ada orang langsung. Jangan
lampu situ terpadam sudah.
2ch : Mungkin tunggu
jelah dekat situ sampai siang esok.
2ch : Entah apa-apalah
cadangan.
2ch : Ayah aku baru
telefon. Dia cakap memang tak boleh jejak lokasi aku. Dia suruh aku telefon
polis. Aku macam tak setuju sebab aku harap sangat parent aku tolong.
2ch : Kau tunggu jelah
dekat situ.
Hasumi : Aku dah
telefon polis. Aku dah cerita semua. Masalahnya diaorang ingat aku ni
main-main. Siap marah aku lagi sampai aku terpaksa minta maaf.
2ch : Laa, kau nak
minta maaf buat apa? Tak pun kau tunggu jelah sampai muncul kereta api nanti.
2ch : Cuba kau cerita
apa yang kau alami sekarang.
Hasumi : Aku dengar
bunyi paluan gendang dan loceng dari jauh. Jujur, aku tak tahu nak buat apa
dah.
2ch : Kau patah balik
ke stesen sekarang. Itu cara paling terbaik.
2ch : Dah start tu...
2ch : Ada festival ke?
Hasumi : Awak semua
mesti ingat aku sedang bergurau. Aku takut nak toleh belakang. Aku memang nak
patah balik ke stesen, tapi aku takut.
2ch : Kalau macam tu,
jangan toleh belakang.
2ch : Jangan patah
balik ke stesen. Kau ikut je laluan terowong tu. Rasa tak jauh dah tu.
Hasumi : Ada orang
menjerit dari arah belakang. Dia cakap, jangan ikut laluan situ, bahaya. Aku
pun toleh belakang sebab ingat suara krew stesen. Aku tengok ada seorang lelaki
tua berkaki satu. Tak lama lepas tu, dia hilang macam tu. Aku rasa takut dah
nak bergerak ke mana-mana ni.
2ch : Aku dah cakap,
jangan toleh belakang. LARI!
2ch : Bertenang.
Dengar baik-baik. Cuba pergi periksa bunyi gendang tu. Mana tahu ada orang
tengah main gendang tu.
2ch : Kau nak bawa
Hasumi pergi mana? Gila ke apa?
2ch : Kau pasti ke
lelaki tua berkaki satu yang tengok tu memang manusia?
2ch : Mungkin maksud
dia lelaki tua yang dah hilang sebelah kaki.
2ch : Mungkin juga
lelaki tua yang dah mati dan hilang kaki dia selepas berjalan dalam terowong
tu.
Hasumi : Aku tak boleh
nak lari. Bunyi gendang tu dah macam makin dekat.
2ch : Tunggu sampai
awal pagi esok. Tak adalah takut sangat.
Hasumi : Aku masih
hidup. Tapi aku terjatuh, siap berdarah. Kaki pula patah. Aku tengah duduk je
sekarang ni. Aku tak nak mati.
2ch : Keadaan pasti
selamat kalau kau dapat keluar dari terowong tu. Nanti dah keluar, telefon
terus talian kecemasan.
Hasumi : Aku telefon
rumah aku. Ayah aku cakap, dia dah telefon polis. Cuma bunyi gendang dan loceng
tu makin dekat.
2ch : Aku harap itu
bukan bunyi kereta api. Macam dah terlambat je.
Hasumi : Aku dah sampai
depan pintu terowong. Nama terowong ni Isanuki. Bunyi tu semakin dekat. Aku
kena keluar dari terowong. Kalau aku dapat keluar dengan selamat, nanti aku
beritahu lain dekat sini.
2ch : Okay. Selamat
mencuba.
2ch : Mungkin ini
pengakhirannya. Lupakan pasal kereta api dan stesen. Lupakan pasal ada orang
yang kejar kau tadi. Bunyi yang kau dengar tadi mungkin sekadar khayalan.
Keluar dari terowong tu cepat. Kalau kau berhenti, kau mungkin akan jadi mangsa
sesuatu.
Hasumi : Aku dah
keluar dari terowong. Aku nampak seseorang. Terima kasih semua atas nasihat. Muka
aku pun dah jadi comot sebab menangis tadi, jangan dia ingat aku raksasa sudah.
2ch : Hasumi, tunggu!
Bertahan!
2ch : Berhenti. Itu
petanda yang tidak baik!
2ch : Ada orang? Dia
buat apa dekat situ lewat buta malam macam ni. Mencurigakan.
Hasumi : Lelaki ni nampak baik dan risau dengan keadaan aku. Dia beritahu nak tumpangkan aku ke stesen yang terdekat. Siap ada hotel dekat sana. Terima kasih semua kerana susah payah tolong aku.
2ch : Hasumi, tolong jawab apa yang aku tanya ni. Kau tanya lelaki tu, sekarang ni kau dekat mana?
2ch : Kau cakap dia baik tapi hakikatnya dia menakutkan.
2ch : Hasumi, lelaki
tu bukan manusia. Jam macam ni, kenapa dia boleh ada dekat situ. Mungkin dia tu
mayat atau lain-lain. Lari cepat.
Hasumi : Aku dah
tanya, dia beritahu nama tempat ni Hina.
2ch : Hina? Dekat mana
tu?
Hasumi : Sekarang kami
menuju ke kawasan pergununang. Jalan yang dia bawa ni pun bukan laluan kereta
api yang biasa aku naik. Dia pun tiba-tiba diam dari tadi.
2ch : Sebab kau sibuk
main telefon kot.
2ch : Hasumi, jangan,
jangan, jangan. Kau ada telefon parent kau tak lepas keluar dari terowong tadi?
2ch : Hasumi, telefon
polis sekarang! Ni peluang terakhir kau.
Hasumi : Bateri
telefon aku nak habis dah. Macam makin pelik lelaki ni. Dia tengah bercakap
seorang. Nanti aku cuba larikan diri. Apapun, ini mungkin post terakhir
daripada aku.
Sejak itu, tiada sebarang lagi perkhabaran daripada Hasumi yang didengari. Dia terus menghilang secara misteri. Tiada siapa tahu apa yang telah berlaku kepada Hasumi,
Catat Ulasan for "KISAH LEGENDA URBAN SERAM STESEN KISARAGI"