KISAH MISTERI PEMBUNUHAN KEJAM MIYAKO HIRAOKA
Kisah pembunuhan kejam ini berlaku di negara Jepun pada
tahun 2009. Tahun tersebut, Miyako Hiraoka adalah seorang wanita berusia 19
tahun yang sedang menyambung pengajiannya di Universiti Shimane. Dia dikatakan
sebagai seorang wanita yang baik, periang dan begitu disenangi oleh orang-orang
di sekelilingnya. Bagi menampung perbelanjaan seharian, Miyako turut bekerja sambilan
di sebuah kedai ais krim berjarak yang terletak kira-kira 2 kilometer dari
asrama kampus tempatnya tinggal.
Kisah sebenar bermula pada malam 26 Oktober 2009 di mana malam itu Miyako pergi bekerja di kedai ais krim tersebut seperti kebiasaannya. Tamat waktu bekerja, Miyako pun keluar dari kedai ais krim itu untuk pulang ke asrama dengan berjalan kaki secara bersendirian serta pada masa sama dia telah membawa plastik bungkusan sampah untuk dibuang. Namun apa yang berlaku kemudian yakni pada keesokan harinya, ibu bapa Miyako telah pergi membuat laporan polis tentang kehilangan anak mereka itu. Laporan polis tersebut dibuat selepas Miyako dikatakan tidak hadir ke kelas dan tidak datang bekerja pada hari yang sama. Pihak polis seterusnya berusaha sebaik mungkin untuk mencari Miyako termasuklah dengan memeriksa kamera litar tertutup di sekitar kawasan kedai ais krim tersebut. Hasil pemeriksaan bagaimanapun mendapati kali terakhir Miyako dilihat masih hidup adalah sewaktu dia berada di luar kedai ais krim itu. Perkara ini bermaksud pada malam kejadian, Miyako tidak sempat melalui jalan yang biasa dia lalui untuk pulang.
Selepas sebulan berlalu, pihak polis telah menerima satu maklumat tentang penemuan satu kepala manusia di kawasan pergunungan Garyu yang terletak antara bandar Shimane dan Hiroshima. Kepala manusia tersebut ditemui secara tidak sengaja oleh seorang pendaki yang kebetulan sedang mencari cendawan. Setibanya pihak polis di lokasi kejadian, mereka mendapati kepada manusia itu sudah mereput. Pada bahagian leher kepala tersebut pula didapati mempunyai kesan parut, lebam dan luka lain yang menandakan bahawa mangsa telah dipukul terlebih dahulu sebelum dibunuh. Menerusi keputusan ujian DNA, identiti kepala manusia tersebut disahkan tidak tidak bukan sebagai Miyako. Pemeriksaan lanjut di sekitar kawasan pergunungan itu membawa kepada penemuan badan, paha dan kaki Miyako secara mengerikan. Lebih mengerikan, payu dara Miyako telah dikerat selain sebahagian daripada organ dalamannya telah dikeluarkan.
Link Shopee : https://shope.ee/3fVZ6mCLhY |
Pada peringkat awal siasatan, pihak polis mempercayai bahawa pembunuhan Miyako berlaku pada sekitar tarikh antara 26 hingga 30 Oktober. Miyako juga diyakini dibunuh di tempat lain terlebih dahulu sebelum mayatnya dibuang ke kawasan pergunungan itu. Seperkara lagi yang pihak polis dapat dipastikan, pembunuhan Miyako adalah berlaku secara rawak dan bukannya terancang. Berdasarkan keterangan yang pihak polis perolehi daripada saksi tertentu, boleh jadi Miyako telah menumpang kereta seorang lelaki tidak dikenali pada malam kejadian. Dalam erti kata lain, Miyako diumpan oleh lelaki tersebut yang konon untuk menghantarnya pulang ke rumah. Pihak polis bagaimanapun terus buntu untuk menyelesaikan kes Miyako ini.
Link Shopee : https://shope.ee/9p6CR892sC |
Hinggalah pada 6 November tahun 2016, barulah misteri kes pembunuhan Miyako terungkai. Namun seperkara harus diketahui iaitu sepanjang tujuh tahun sebelum itu, seramai 310 000 orang anggota polis telah dikerah untuk membantu menyelesaikan kes Miyako ini. Pihak polis juga bahkan menawarkan wang ganjaran sebanyak 3 juta yen kepada mana-mana orang awam yang dapat memberikan maklumat hingga membawa kepada penangkapan suspek atau lain-lain perkara berkenaan. Suspek pembunuhan Miyako telah dikenal pasti sebagai Yoshiharu Yano. Soalnya, bagaimana pengesahan Yoshiharu sebagai pembunuhan Miyako ini dilakukan?
Tentang latar belakang Yoshiharu, dia berusia 33 tahun sewaktu kejadian pembunuhan Miyako. Waktu itu juga, Yoshiharu bekerja sebagai eksekutif pemasaran di sebuah syarikat swasta. Tahun 2004, dia telah menerima hukuman penjara selama 3 tahun 6 bulan atas kesalahan menghendap serta mencederakan seorang wanita. Pada hari mayat Miyako ditemui, Yoshiharu telah meninggal dunia bersama dengan ibunya akibat kemalangan jalan raya. Kereta yang dipandu Yoshiharu itu dilaporkan terbabas sebelum terbakar. Hanya pada tahun 2016, salah seorang penyiasat kes telah mendapat maklumat mengenai kereta Yoshiharu dilihat telah melalui jalan di kawasan sekitar pergunungan Garyu pada tarikh 26 Oktober 2009. Susulan maklumat tersebut, pihak polis terus bergegas melakukan pemeriksaan di rumah mendiang Yoshiharu. Di situ, mereka telah menemui 57 keping foto mayat Miyako dalam kamera dan pemacu kilat. Foto tersebut termasuklah foto kaki dan kepala Miyako.
Link Shopee : https://shope.ee/30FsJuaroH |
Pada penghujung bulan Disember 2016, pihak polis membuat pengumuman rasmi bahawa kes pembunuhan Miyako telah selesai sepenuhnya dan kes fail pun ditutup. Cumanya tiada sebarang dakwaan dilakukan ke atas Yohsiharu memandangkan dia sudah pun meninggal dunia. Dalam kes ini, ada satu kisah yang menyeramkan di mana kedengaran bunyi suara seorang wanita sedang menangis semasa seorang wartawan sedang membuat liputan di sekitar kawasan lokasi penemuan mayat Miyako. Suara wanita mirip suara Miyako itu berkata, “"Sugoi itakatta, doushite watashi dake" yang bermaksud "Sakitnya...kenapa mesti aku...”.
Catat Ulasan for "KISAH MISTERI PEMBUNUHAN KEJAM MIYAKO HIRAOKA"