Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

KISAH PEMBUNUHAN ALEJANDRO RIPLEY YANG BENAR-BENAR MENYEDIHKAN

    Kisah pembunuhan menyayat hati ini berlaku pada bulan Mei 2020 bertempat di Florida, Amerika Syarikat. Seorang kanak-kanak lelaki berusia 9 tahun yang juga merupakan pengidap penyakit Autisme bukan verbal (tidak boleh bercakap) telah mati dibunuh oleh ibu kandungnya sendiri. Tidak banyak maklumat yang diperolehi samada tentang punca pembunuhan dan latar belakang wanita berkenaan. Jadi artikel pada kali ini sekadar menceritakan mengenai apa yang berlaku pada hari kejadian. Cuma apabila difikirkan, entah sebenarnya yang merasuki wanita tersebut hingga dia tergamak untuk membunuh anak sendiri yang pernah dikandungnya selama 9 bulan.

    Kisah bermula apabila seorang wanita berusia 45 tahun bernama Patricia Ripley telah menghubungi pihak polis bagi membuat laporan tentang kehilangan anak lelakinya yang berusia 9 tahun iaitu Alejandro Ripley, seorang pengidap penyakit Autisme bukan verbal. Pada mulanya, Patricia mendakwa bahawa Alejandro diculik oleh dua orang lelaki berkulit hitam. Dakwa Patricia lagi, kedua-dua lelaki berkulit hitam terbabit sempat merampas telefon dan tab sebelum membawa lari Alejandro. Namun selepas pihak polis menjalankan siasatan secara lebih terperinci, mereka mendapati keterangan daripada Patricia berubah-berubah sekaligus menimbulkan kecurigaan. Selepas Patricia disoal siasat oleh pihak polis dalam keadaan tekanan, dia mengaku telah membunuh Alejandro dengan cara melemaskan anaknya itu di dalam terusan.

    Mayat Alejandro ditemui dalam keadaan terapung. Seperkara harus diketahui, Patricia telah melakukan cubaan membunuh Alejandro sebanyak dua kali. Cubaan pertama Patricia untuk melemaskan Alejandro gagal selepas jeritan kanak-kanak tersebut telah didengari oleh orang awam yang berada di sekitar. Dalam erti kata lain, Alejandro sempat untuk diselamatkan (saksikan detik-detik mencemaskan itu di sini). Patricia yang kemudian berasa tidak puas hati kemudian membawa Alejandro ke kawasan terusan berbeza. Sekali lagi, Alejandro dilemaskan. Kali ini, Alejandro tidak bernasib baik kerana tiada orang lain yang berada di kawasan situ.

    Situasi pasti berbeza jika Alejandro mampu untuk bercakap. Perkataan “Ibu yang lemaskan saya” sudah cukup memadai untuk memberitahu saksi yang telah membantu menyelamatkannya pada hari kejadian akan tetapi apakan daya, sudah ditakdirkan Alejandro menjadi insan istimewa. Patricia memberikan alasan bahawa dia membiarkan anaknya memasuki ke dalam terusan kerana itu saja tempat yang selamat untuk Alejandro. Sementara itu, Aldo Ripley yakni suami kepada Patricia mempertahankan isterinyas sebagai seorang ibu yang baik. Kata Aldo,

    “Kami berdua sangat menyayangi Alejandro. Saya langsung tidak bersetuju apa yang orang ramai perkatakan tentang isteri saya. Satu-satunya perkara yang boleh saya beritahu adalah kami berdua begitu sayang akan kehidupan kami.”

Beli barang Shopee di sini : https://shope.ee/5fGIo8oUkr

    Patricia telah berdepan dengan pertuduhan melakukan percubaan membunuh dan melakukan pembunuhan secara terancang. Hingga pada hari ini, Patricia yang berada dalam penjara masih lagi menunggu perbicaraan kes. 

Catat Ulasan for "KISAH PEMBUNUHAN ALEJANDRO RIPLEY YANG BENAR-BENAR MENYEDIHKAN"