Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

KISAH PEMBUNUHAN KEJAM ARYA GADING RAMADHAN

    Kisah pembunuhan kejam seorang lelaki berusia 17 yang bernama Arya Gading Ramadhan ini berlaku pada sekitar tahun 2021 bertempat di Tarakan, Indonesia. Kisah bermula pada bulan April tahun itu apabila keluarga Arya telah membuat laporan polis mengenai kehilangan Arya. Laporan polis tersebut dibuat selepas keluarga Arya diberitahu oleh bekas isteri Arya tentang bekas suaminya itu yang sudah tidak pulang ke rumah lebih dari seminggu. Kali terakhir Arya dilihat adalah sewaktu dia berada di reban ternakan ayam milik keluarganya. Motosikal yang ditunggang Arya juga didapati masih berada di kawasan reban ayam tersebut.

Bapa Arya

Link Shopee : https://shope.ee/1Anz2JwLaQ

    Biarpun pihak polis sudah berusaha sebaik yang mungkin untuk mencari Arya, semua itu tidak membuahkan sebarang hasil. Tiada sebarang petunjuk atau bukti penting yang dapat ditemui. Namun hinggalah pada bulan November 2022 yakni setelah 20 bulan menghilangnya Arya, keluarganya sekali lagi membuat laporan polis yang memberitahu bahawa Arya telah menjadi mangsa pembunuhan. Perkara itu diketahui keluarga Arya menerusi cerita yang tersebar di sekitar kawasan tempat tinggal mereka di mana ada seorang lelaki mendakwa Arya sudah pun mati akibat dibunuh. Walaupun pihak polis agak skeptikal dengan cerita tersebut, mereka tetap mengambil serius perkara tersebut lalu memulakan siasatan secara lebih terperinci. Hasil siasatan itu kemudian membawa kepada penangkapan sepasang suami isteri yang hanya dikenali sebagai EG (23 tahun) dan AF (22 tahun). Si suami iaitu EG merupakan sepupu kepada Arya. Seorang lagi yang ditangkap adalah MN (45 tahun), rakan kepada EG.

Link Shopee : https://shope.ee/9p5xL7RERA

    Sewaktu sesi soal siasat, EG pada mulanya menafikan mengenai sebarang penglibatannya dalam kes kehilangan Arya. Cuma sesudah ditekan oleh pihak polis secara berterusan, EG akhirnya mengaku sebagai pembunuh sepupunya itu. Berdasarkan pengakuan daripada EG tersebut, pihak polis berjaya mengesan mayat Arya yang telah dibuang di kawasan kebun nanas terletak tidak jauh dari reban ayam berkenaan. Motif pembunuhan EG? Dia pada mulanya telah menggelapkan wang perusahaan jualan ketam milik bapanya dengan tujuan dijadikan sebagai modal untuk berjudi secara dalam talian. Walau bagaimanapun, EG telah kalah teruk dalam perjudian tersebut. Rentetan daripada kekalahan itu, EG menjadi buntu untuk menggantikan wang bapanya. Apa yang terus bermain dalam fikirannya adalah menculik Arya demi mendapatkan wang tebusan.

    Bercerita tentang hari kejadian, EG dan AF telah pergi ke reban ayam keluarga Arya. Setibanya di lokasi, EG telah mengacu senjata tajam kepada Arya yang sedang bersendirian. Di situ, Arya telah diikat oleh EG dan AF pada kerusi. Pada masa sama, EG telah menelefon MN meminta supaya datang ke lokasi untuk membantunya menguruskan hal penculikan tersebut. EG merancang untuk merakam video penculikan Arya. Video itu akan dihantar kepada keluarga Arya sebagai tuntutan wang tebusan. Selesai saja rakaman video dibuat, Arya tiba-tiba memberontak untuk melawan. Melihat keadaan itu, EG telah bertindak untuk menikam paha kanan Arya. Meskipun dalam kesakitan, Arya tetap tidak berhenti memberontak. MN yang mula berasa panik telah menghasut EG untuk membunuh Arya kerana dikhuatiri lelaki tersebut akan membuat laporan polis dilepaskan. Jadi EG dan MN pun sama-sama mencekik leher Arya dengan menggunakan wayar kabel. Bagi memastikan Arya benar-benar sudah tidak lagi bernyawa, EG telah menikam bahagian dada kirinya. Mayat Arya telah dibungkus dengan terpal sebelum dikuburkan dalam sebuah lubang. EG, AF dan MN turut bersepakat untuk tidak mengambil atau menjual mana-mana barang peribadi kepunyaan Arya bagi mengelakkan diri mereka daripada tertangkap.

Link Shopee : https://shope.ee/6zllz5dSvC

    Kes masih lagi dalam perbicaraan. EG, AF dan MN bakal menerima hukuman mati atau penjara seumur hidup jika disabitkan kesalahan. Menyedihkan hanya kerana judi, musnah segala-galanya. Hubungan antara Arya dan EG selama ini adalah sangat baik. Keluarga Arya sendiri bahkan sentiasa mengambil berat tentang EG dan AF hingga adakalanya mereka membelikan susu untuk anak pasangan tersebut.

Catat Ulasan for "KISAH PEMBUNUHAN KEJAM ARYA GADING RAMADHAN "