KISAH PEMBUNUHAN SANA ALI : Suami Kau, Lelaki Aku
Mindy Sanghera |
Kisah sebenar berawal pada tahun 2005 apabila Mindy telah
berkenalan dengan seorang lelaki kaya-raya yang dikenali sebagai Sair Ali.
Lelaki itu menjalankan perusahaan kedai jualan telefon bimbit. Dijadikan
cerita, Mindy telah jatuh hati dan menjadi obses dengan karakter Sair yang
menyamai lelaki idamannya. Sebolehnya, Mindy ingin menjadikan Sair sebagai
suaminya. Walau bagaimanapun, Sair yang bermulut manis berpandangan sebaliknya.
Sair memberitahu Mindy bahawa keluarganya tidak akan merestui hubungan mereka
berdua atas faktor agama. Sair merupakan seorang muslim manakala Mindy pula
beragama Sikh.
Sair dan Sana |
Satu hari yakni pada bulan Mac tahun 2007, Mindy mendapat tahu tentang satu perkara yang benar-benar telah mengejutkannya. Sair rupa-rupanya sudah pun berstatus sebagai suami orang sejak dari bulan Disember 2006. Dalam erti kata lain, Sair juga sebenarnya telah berlaku curang kepada isterinya yang bernama Sana Ali. Perkara itu ternyata sukar untuk diterima Mindy sama sekali. Dia tertanya-tanya kenapa dirinya telah diperlakukan Sair sedemikian rupa. Lebih menyakitkan hati Mindy, Sana yang juga merupakan sepupu kepada Sair sudah pun hamil dengan usia kandungan 11 minggu.
Pada 10 Mei 2007, Sana telah ditemui mati di rumahnya akibat ditikam sebanyak 43 kali dengan menggunakan pisau dapur yang berukuran 17 sentimeter. Sana dipercayai diserang sewaktu dia berada di dalam bilik mandi. Pada mulanya, pihak polis mengesyaki Sair sendiri sebagai pembunuh Sana. Walau bagaimanapun, Sair mempunyai alibi kukuh di mana dia sedang berada di masjid sewaktu kejadian berlaku. Pihak polis yang menjalankan siasatan secara terperinci kemudian telah menangkap Mindy. Penangkapan terhadap Mindy tersebut dibuat susulan penemuan kesan tapak kakinya di lokasi kejadian.
Beli barang Shopee di sini : https://shope.ee/5fGIo8oUkr |
Catat Ulasan for "KISAH PEMBUNUHAN SANA ALI : Suami Kau, Lelaki Aku"