Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

KISAH PEMBUNUHAN TERESITA BAJA : Suara dari Kubur

    Pada sekitar bulan Februari 1977, pihak polis Chicago, Amerika Syarikat telah menerima satu laporan tentang penemuan mayat seorang wanita di dalam sebuah apartment. Setibanya di lokasi, mayat wanita yang sudah pun rentung tersebut dalam keadaan bertelanjang serta pada masa sama pisau masih lagi tertancap pada dadanya. Hasil pemeriksaan pihak polis, identiti wanita berasal dari Filipina yang berusia 47 tahun itu dikenal pasti sebagai Teresita Baja yakni seorang pekerja terapi pernafasan di Hospital Edgewater, Chicago. Teresita tinggal bersendirian di unit apartment tersebut.

Link Shopee : https://shope.ee/4phGZEZYVR

    Pihak polis ternyata telah mengalami kesukaran untuk menyiasat kes ini sejak dari awal kerana tidak banyak petunjuk atau bukti yang dapati diperolehi sekaligus menyukarkan kerja-kerja menjejaki suspek.Tidak jelas punca Teresita dibunuh memandangkan dia digambarkan sebagai seorang wanita yang begitu baik serta disenangi oleh orang di sekelilingnya. Dalam erti kata lain juga, Teresita bukanlah seorang wanita yang bermasalah sama sekali. Namun hinggalah beberapa bulan kemudian, misteri kematian Teresita akhirnya terungkai dengan cara yang begitu tidak masuk akal iaitu dengan unsur kuasa ghaib. Teresita muncul kembali untuk memberikan petunjuk hingga membawa kepada penangkapan pembunuhnya. Jadi bagaimana kisah selanjutnya?

Link Shopee : https://shope.ee/99qFjHH2UG

    Dr. Jose Chua adalah seorang doktor pakar bedah yang turut bekerja di Hospital Edgewater, Chicago. Sementara itu, isteri Dr. Jose Chua yang bernama Remy pula juga bekerja di hospital sama sebagai Terapi Pernafasan. Dijadikan cerita iaitu pada satu hari, Dr. Jose Chua melihat sendiri bagaimana isterinya telah dirasuk satu roh hingga dia tiba-tiba boleh berbahasa Tagalog (Bahasa Filipina) di mana dia memperkenalkan dirinya sebagai Teresita. Melalui tubuh Remy, Teresita menceritakan segala-galantya apa yang berlaku kepada dirinya sewaktu kejadian. Ini termasuklah mendedahkan nama Allen Showery selaku pembunuhnya. Pada hari kejadian, Allen telah datang ke rumah Teresita untuk membaiki televisyen. Allen bagaimanapun tiba-tiba bertindak ganas dengan membunuh Teresita sebelum membawa lari barang kemas milik wanita itu. Pada mulanya, detektif yang terlibat dalam kes Teresita begitu skeptikal dengan cerita Dr. Jose Chua. Cuma setelah menilai perkara tersebut daripada pelbagai sudut seperti level pendidikan Dr. Jose Chua dan nama Allen Showery diyakini sebagai singkatan huruf “AS” yang ditemui di dalam diari Teresita, barulah mereka mengambil serius mengenai perkara itu.

    Sedikit tentang Allen Showery, dia bekerja sebagai Juruteknik Pernafasan juga di hospital yang sama dengan Teresita, Dr. Jose Chua dan Remy. Seperkara dapat dipastikan, Allen mempunyai masalah kewangan pada waktu sebelum kejadian pembunuhan Teresita. Pihak polis seterusnya telah pergi ke rumah kediaman Allen. Sampai di situ, teman wanita Allen yang dikenali sebagai Yanka Kalmuk didapati memakai barang kemas milik Teresita. Apabila ditanya berkenaan dengan perkara itu, Yanka mendakwa barang kemas tersebut adalah pemberian daripada Allen sempena hadiah Hari Krismas. Berdasarkan bukti yang sedia ada itu sudah cukup untuk membolehkan Allen ditahan. Biarpun cuba untuk terus berdolak-dalih, Allen akhirnya membuat pengakuan tentang pembunuhan Teresita selepas menerima tekanan daripada pihak polis yang mengugut untuk menangkap Yanka jika dia membuat penafian secara berterusan. Cerita Allen, dia melarikan barang kemas milik Teresita sesudah membunuh dan membakar wanita itu.

Link Shopee : https://shope.ee/3VBsz56YfB

    Berhubung dengan keputusan perbicaraan kes, Allen yang mengaku bersalah atas kesalahan membunuh, membakar mayat dan merompak telah dijatuhkan hukuman penjara selama 14 tahun. Walau bagaimanapun, dia yang dibebaskan pada tahun 1983 terus menyepi daripada masyarakat. Sebenarnya ada sesetengah pihak mempercayai bahawa pembunuh Teresita yang sebenar adalah Dr. Jose Chua dan isterinya. Perkara ini bermaksud, kisah rasukan Teresita tersebut sekadar cerita mengarut. Allen berkemunginan besar menjadi kambing hitam untuk dipersalahkan. Cumanya dakwaan tersebut tidak dapat dibuktikan hingga pada hari ini.

Catat Ulasan for "KISAH PEMBUNUHAN TERESITA BAJA : Suara dari Kubur"