Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

KISAH PERCINTAAN TRAGIS LU DAN YANG

    Kisah yang telah menjadi tular ini berlaku di negara China pada tahun 2021. Lebih kurang empat tahun sebelum itu yakni pada sekitar bulan September 2017, seorang lelaki berusia 28 tahun yang hanya dikenali sebagai Lu mula berkenalan dengan seorang wanita bernama Yang  di sebuah platform jual beli barang terpakai dalam talian. Perkenalan tersebut bermula selepas Lu telah meminta bantuan daripada Yang tentang cara untuk mengenali produk tulen atau palsu. Hubungan mereka berdua kemudian menjadi semakin mesra hingga membuatkan Lu terpikat dengan Yang walaupun belum pernah bertemu secara bersemuka dengan wanita itu.

    Dua bulan setelah perkenalan tersebut, Yang memberitahu Lu bahawa dia telah dipaksa untuk berkahwin dengan lelaki pilihan keluarganya. Disebabkan itu, Lu berniat untuk melarikan diri dari rumah. Mendengar perkara tersebut, Lu sanggup pergi ke bandar Fuyang yang berjarak 400 kilometer dari Yangzhou dengan anggaran memakan masa kira-kira lima jam perjalanan untuk membantu Yang. Lu berbuat sedemikian demi membuktikan cintanya terhadap Yang. Namun setibanya Lu di Fuyang, dia berada kecewa kerana Yang tidak pernah muncul seperti yang dijanjikan. Walau bagaimanapun, kekecewaan tersebut sedikit terubat apabila ibu saudara Yang yang berusia 46 tahun iaitu Xu telah pergi bertemu sendiri dengan Lu. Dalam pertemuan itu, Xu memberitahu Lu bahawa keluarga Yang sudah pun membatalkan perkahwinan yang diaturkan untuk Yang. Pembatalan tersebut dibuat atas sebab ugutan daripada Yang mengugut untuk lari dari rumah. Lu pun berasa lega sebelum dia kembali ke Yangzhou.

    Pada bulan Mac 2018, Lu sekali lagi pergi ke Fuyang dengan niat untuk bertemu dengan wanita yang dia cintai. Cumanya sekali lagi Lu dikecewakan. Kali ini Yang memberikan alasan bahawa pergerakannya dipantau ketat oleh keluarganya terutamanya daripada segi penggunaan telefon. Lu seterusnya diberitahu bahawa Xu akan pergi ke Yangzhou dalam tempoh dua bulan. Xu akan menjadi orang tengah dalam membincangkan soal perhubungan mereka untuk lebih ke arah serius. Lu semestinya berasa sangat gembira dengan perkara tersebut kerana dia benar-benar mencintai Yang.

    Tiga bulan berikutnya, Xu pun tiba di Yangzhou. Menyedari status Xu sebagai penganggur, dia pun mempelawa ibu saudara teman wanitanya itu untuk tinggal di rumahnya. Peluang tersebut telah diambil oleh Xu untuk membantu menguruskan perniagaan barangan terpakai yang dijalankan oleh Lu. Xu tinggal di rumah Lu selama tiga tahun. Sepanjang tempoh itu, Lu disuruh oleh Xu untuk pergi ke tingkat bawah rumah atau tempat parkir kereta jika ingin berborak Yang dalam telefon. Tegas Xu, perkara tersebut perlu dilakukan bagi mengelakkan masalah kesefahaman antara mereka. Selain itu, panggilan video juga tidak dibenarkan sama sekali. Lu turut dikehendaki hanya boleh menghubungi Yang mengikut jadual yang sudah diaturkan oleh Xu. Pada masa sama, Lu diminta untuk mengirim sejumlah wang kepada Yang setiap bulan. Mengikut perancangan Yang, wang tersebut akan dia simpan untuk majlis perkahwinan mereka kelak. Sudah nama cinta itu buta, Lu sedikit pun tidak mencurigai Xu atau Yang pada waktu itu.

    Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua. Begitulah juga dengan pengakhiran kisah ini. Hinggalah pada bulan 20 Ogos 2021, Xu telah meminta bantuan daripada Lu untuk menukar pelindung kaca telefon miliknya. Sewaktu Lu melakukan kerja-kerja penukaran pelindung kaca tersebut, dia menyedari telefon Xu berada dalam keadaan nyahkunci. Jadi terdetik di hati Lu untuk memeriksa aplikasi dalam telefon Xu. Hasil pemeriksaan aplikasi Wechat Xu, alangkah terkejutnya Lu apabila mendapati wanita itu ada berbalas mesej dengan beberapa orang lelaki lain dengan menggunakan ayat yang sama seperti Yang. Disebabkan berasa curiga, Lu pun mengambil pendekatan dengan memasang alat perakam suara di bilik Xu. Tujuan pemasangan tersebut adalah bertujuan untuk merakam suara Xu sewaktu sesi perbualan telefon antara Lu dan Yang. Akhirnya, terbongkar segala-galanya. Xu didapati menyebut perkataan yang sama dengan Yang ketika Lu menelefon Yang.

    Lu yang berasa sangat sedih kerana menjadi mangsa penipuan cinta dalam talian selama 3 tahun telah menghantar bukti rakaman suara itu kepada pihak polis. Xu dan Yang sebenarnya adalah orang yang sama. Perkara ini bermaksud Yang dan ibu saudaranya tidak pernah wujud sama sekali. Dalam erti kata lain, kedua-dua mereka hanyalah sekadar watak ciptaan Xu.


Beli barang Shopee di sini : https://shope.ee/5fGIo8oUkr

    Xu yang dipanggil oleh pihak polis untuk memberikan keterangan pada mulanya berdiam diri apabila ditanya tentang penipuannya. Dia bagaimanapun terus membuat pengakuan sejurus pihak polis menunjukkan bukti rakaman suara yang Lu telah serahkan kepada mereka. Xu rupa-rupanya mempunyai beberapa akaun Wechat dengan mencipta karakter wanita yang berbeza-beza. Seperkara dapat dipastikan, Lu sebenarnya terpedaya gara-gara aplikasi “filter” yang Xu gunakan. Tidak jelas hukuman yang telah Xu terima atas penipuannya terhadap Lu. 

Catat Ulasan for "KISAH PERCINTAAN TRAGIS LU DAN YANG "