Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

LELAKI BUNUH IBU MENTUA, ISTERI DAN LIMA ORANG ANAKNYA

    AMERIKA SYARIKAT – Seorang lelaki telah membunuh tujuh orang anggota keluarganya sendiri di rumah mereka yang terletak bandar Enoch, Utah, Amerika Syarikat. Mangsa yang dibunuh dengan cara tembakan itu adalah ibu mentua, isteri dan kelima-lima orang anak kepada lelaki tersebut. Selepas pembunuhan dahsyat itu, lelaki berusia 42 tahun yang dikenali sebagai Michael Haight tersebut bertindak untuk membunuh diri dengan menembak bahagian kepalanya.

    Sementara itu, identiti isteri Michael yang berusia 40 tahun dikenal pasti sebagai Tausha Haight. Ibu Tausha pula bernama Gail, 78 tahun. Tentang anak Michael dan Tausha, tiga daripada mereka merupakan perempuan dan dua lagi adalah lelaki dengan lingkungan usia 17 hingga 4 tahun. Penemuan mayat keluarga Michael tersebut dibuat hasil pemeriksaan pihak polis di rumah mereka pada 4 Januari 2023 selepas mendapat maklumat tentang Tausha yang dikatakan tidak muncul dalam sebuah temu janji yang perlu dia hadiri.

Beli barang Shopee di sini : https://shope.ee/5fGIo8oUkr

    Berdasarkan siasatan awal oleh pihak polis mendapati Tausha sebelum waktu kejadian telah memfailkan penceraian terhadap Michael yang juga merupakan bekas ejen insurans. Tuntutan cerrai itu dilaporkan dibuat oleh Tausha pada 21 Disember 2022. Punca penceraian tersebut bagaimanapun masih tidak didedahkan. Begitu juga dengan motif pembunuhan. Namun menerusi bukti sedia yang ada hingga setakat ini, Michael dipercayai sebagai satu-satunya suspek utama pembunuhan. Kes masih lagi dalam siasatan sepenuhnya oleh pihak polis. 

Catat Ulasan for "LELAKI BUNUH IBU MENTUA, ISTERI DAN LIMA ORANG ANAKNYA"